in

Cedera Akibat Kemalangan Di Set Penggambaran, Keadaan Pelakon Cilik Makin Teruk

Pelakon Cilik Cedera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada salah dalam bergurau, cuma kita harus peka dengan situasi dan keadaan sesebuah tempat itu sebelum bergurau.

Terbaru, pelakon cilik Puteri Rafasya cedera di set penggambaran apabila dia terjatuh akibat seorang kanak-kanak lain yang merupakan anak kepada pelakon di situ menarik kerusinya dan menyebabkan dia terjatuh menghempap kaki tripod.


Kemalangan yang menimpa pelakon cilik itu bertambah serius apabila dia terpaksa dimasukkan ke wad pediatrik Hospital Tunku Azizah (HTA).

https://www.instagram.com/p/Cprb03lvEEk/?hl=en

Dalam laporan Astro AWANI, ibunya Fatin Aliza Salmi memberitahu Puteri terlebih dahulu dikejarkan dengan ambulans dan ditempatkan di zon kuning Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 3 pagi selepas mengalami kebas kaki dan air kencing yang keluar secara tidak sedar.

“Sekarang, Puteri ada masalah dengan pundi kencing dan kakinya kebas. Bila kaki kebas memang situasi agak merisaukan sebenarnya.

Disebabkan itu, Puteri perlu dikejarkan ke zon kuning pada awalnya. Ia juga berkait rapat dengan saraf.

Selepas doktor menjalankan pemeriksaan, Puteri akhirnya perlu ditahan di wad pediatrik HTA sehingga keadaannya beransur pulih. Keadaan Puteri agak teruk juga sebab masih perlu memakai lampin pakai buang,” katanya.

Fatin berkata, dia sudah tidak tahu untuk berbuat apa-apa disebabkan pihak terbabit dilihat mengambil sikap lepas tangan berhubung kemalangan itu.

Bagaimanapun, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) ada menghubunginya bagi mengadakan pertemuan bersama pihak produksi dan keluarga pelaku untuk membincangkan mengenai perkara tersebut.

Sementara itu, Fatin berkata sekiranya masih tiada tindakan susulan, dia akan melancarkan tabung bantuan bagi memudahkan urusan perubatan anaknya.

Doakan kesihatan Puteri Rafasya…

Baca: “Tulang mata kiri patah” – Fasha Sandha Masuk Hospital, Cedera Di Set Penggambaran

Fasha Sandha Cedera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.