in

“Kepada selebriti, cukup-cukuplah menunjuk, riak. Tak perlu sakitkan hati orang lain” – Nabila Huda

Ft Nabilahuda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lumrah menjadi selebriti, segala tindak tanduk menjadi perhatian dan dinilai oleh para peminat serta pengikut di media sosial. Selebriti mahu pun influencer antara golongan yang patut memainkan peranan serta memberi contoh yang baik dalam keadaan negara dilanda wabak Covid-19 ini.


Itulah yang diakui pelakon hebat, Nabila Huda yang mengaku berasa kecewa dengan sikap segelintir influencer serta selebriti yang tidak menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat.

Menerusi temu bual Stars@AWANI yang disiarkan di Facebook dan Youtube Astro Awani Sabtu lalu, Nabila yang baru selesai menjalani kuarantin kendiri selepas disahkan positif Covid-19 berkata,

Cukuplah menunjuk-nunjuk perkara-perkara yang menyakiti hati orang lain, perkara-perkara yang terlalu riak, kawal media sosial anda.”

Tidak perlu nak berkongsi perkara-perkara yang merepek-repek, semua perkara yang anda buat semuanya nak kongsi di media sosial yang menyebabkan orang ramai lebih membenci.”

Ini bukan masanya. Henti buat segala perkara yang membuatkan orang ramai membenci kita, menilai kita, padahal kita semua melalui perkara yang sama (COVID-19).”

Anak kepada Amy Search itu juga berpandangan bahawa selebriti atau influencer perlu menggunakan media sosial untuk beri kesedaran dan perkara yang positif kepada masyarakat, tidak kiralah berapa jumlah pengikut yang mereka ada.

Kepada para selebriti atau ‘influencer’, mula gunakan instagram anda, tidak kira pengikut anda ramai atau tidak, kongsikan kesedaran berkaitan COVID-19 ini serta apa yang wajar dilakukan.”

Tiba masanya untuk kita gunakan platform media sosial ke arah yang lebih baik dan untuk orang menyayangi kita, dan orang akan hormat kita disebabkan kejujuran dan keperibadian kita.”

Saya harap ini akan membantu semua, kerana apa yang saya katakan ini adalah dari hati saya, pandangan saya.”

Nabila bagaimanapun turut memohon maaf kepada mana-mana rakan selebriti yang terasa hati dengan tegurannya itu.

Baca: Petisyen Langgar SOP: Jumlah Naik Mendadak Dalam Masa 2 Hari, Lebih 62,000 Mahu Neelofa Dipenjarakan

Ft Petisyenlofa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.