in

“Berkerut, terbeliak semua ada” – Ucapan Legenda Bola Sepak Eric Cantona Bikin Ramai Terpinga-pinga

Untitled Collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal legenda Manchester United, Eric Cantona yang cukup terkenal pada era 90an?


Bukan saja terkenal kerana kelincahannya di atas padang, malah Cantona juga turut terkenal dengan sikap barannya sehingga pernah beberapa kali digantung perlawanan.

King Eric Cantona Is Number Seven

Antara moment yang paling diingati peminatnya adalah sewaktu pemain ini melakukan tendangan kungfu ke atas penyokong Crystal Palace pada 1995.

Kita lupakan kisah lama tu dan buka cerita lain. Baru-baru ni, legenda itu telah diberi penghargaan sebagai penerima Anugerah Presiden UEFA.

Anugerah itu diberikan kepadanya sebagai mengenang perjalanan karier bola sepak beliau yang menakjubkan, serta kerja kebajikan dalam membantu manusia mendapat kehidupan yang lebih baik di seluruh dunia.

Sebaik menerima anugerah, Cantona telah ditanya apa yang bermain di fikirannya ketika itu.

Dan waktu itulah legenda ini memberikan ucapan yang telah membuatkan satu dewan sunyi sepi dan hadirin yang lain tercengang — sambil cuba untuk memahami apa yang sedang disampaikan beliau.

Reaction1

Q1

Q2

Basically, Cantona hanya menyampaikan pada masa akan datang sains dapat menjadikan kita immortal dan eternal tapi peperangan dan jenayah berterusan berlaku — dan itulah yang menjadi ancaman kepada kita umat manusia ketika ini.

Maxresdefault 1

Di sebalik semua itu (peperangan dan jenayah yang dibenci Cantona), dia sayangkan bola sepak kerana sukan itu dapat menyatukan semua orang tak kira apa perbezaan yang dimiliki pun.

Sedikit sebanyak, mungkin itulah yang dimaksudkan pemain itu kan? Apapun, dia ni memang penuh metaphore dan misteri orangnya — datang majlis pun sempoi pakai baju tak gosok, padahal ramai individu berprofil tinggi dalam tu.

Apa nak dihairankan, King Eric kot?

Giphy

 

Baca: “Mudahnya kita tertipu” – Kisah Cristiano Ronaldo Derma 1.5 Juta Euro Untuk Palestin Hanyalah Palsu Belaka

Capture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.