Siapa sini peminat cerita Money Heist angkat tangan?
Money Heist atau La Casa de Papel boleh dikatakan salah satu siri yang popular dekat Netflix yang buatkan ramai orang tertunggu-tunggu dia punya pengakhiran nanti macam mana. Sebelum ini, Netflix bagitahu yang diorang akan tayangkan siri terakhir cerita ini pada bulan April tahun ini, tapi penggambaran terpaksa ditangguhkan sebab pandemik Covid-19. Baru ingat April haritu boleh tengok ,tapi tak jadi pula haih.
Bakal ditayangkan hujung tahun ini
Terbaru, Netflix Malaysia kongsikan satu gambar pelakon-pelakon cerita tersebut dan memberitahu kepada peminat yang mereka baru sahaja selesai penggambaran untuk siri akhir Money Heist.
Melalui perkongsian yang sama, mereka turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang setia menanti siri terakhir Money Heist walaupun mengambil masa yang agak lama. Bukan peminat sahaja, pihak Netflix pun tidak sabar untuk berkongsi pengakhiran cerita yang popular ini kepada penonton.
https://www.instagram.com/p/CO-jzzUFOHt/?utm_medium=copy_link
Menurut satu perkongsian video Instagram Live oleh pelakon utama yang memegang watak Profesor iaitu Alvaro Morte, dia berkongsi berita gembira yang Money Heist bakal ditayangkan pada hujung tahun ini tau korang. So, korang dah boleh get ready popcorn apa semua.
Dia juga beritahu yang siri akhir ini akan buatkan korang jumpa jawapan kepada semua persoalan yang selama ini korang terfikir waktu tengok Money Heist. Mesti korang terfikir kan apa pula strategi dia kali ni.
https://www.instagram.com/tv/CO5rzAbIOeQ/?utm_medium=copy_link
Ramai tak sabar
Kalau korang tengok dekat ruangan komen di Instagram Netflix, ramai tau yang tak sabar-sabar nak tengok siri akhir Money Heist.
Korang yang tak pernah tengok tu sumpah kena tengok sebab cerita ni best gila. Dia punya plot twist tu memang lain daripada yang lain.
Sumber: Netflix MY, Alvaro Morte
Baca:Pasangan Ambil Gambar Pre-Wedding Bertema ‘Money Heist’, Hasilnya Memang Superb!