in

Pasangan Ambil Gambar Pre-Wedding Bertema ‘Money Heist’, Hasilnya Memang Superb!

Untitled Collage 79

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni dah jadi macam trend pula buat mana-mana bakal raja sehari untuk mengadakan sesi pre-wedding photoshoot.

Waktu inilah moment-moment sebelum secara rasminya bergelar suami isteri yang sah dapat dirakam, buat kenangan bila dah tua nanti orang kata. Kalau ada bajet lebih, apa salahnya kan?


Kebiasaannya sesi pre-wedding photoshoot ni dilakukan dalam pelbagai jenis tema. Semuanya bergantung kepada kreativiti dan nilai sentimental yang ingin ditampilkan oleh pasangan dalam setiap momen yang dirakam.

Di Filipina, lain pula ceritanya. Ada sepasang kekasih ni nak buat kelainan, mereka ambil gambar pre-wedding bertemakan Money Heist! Iyeee, siri yang korang binge watch kat Netflix tu!

https://www.facebook.com/Pidography/posts/2074176972716764

 

Menurut laporan Times Now News, Andrew Rolio dan pasangannya Inez Jade Quial lengkap mengenakan kostum dan topeng ikonik Salvador Dali untuk menghasilkan gambar-gambar yang sama seperti adegan sebenar dalam siri tersebut.

Aksi-aksi pasangan itu dirakam jurugambar Hafid Cabelles, berlatar belakangkan Temple of Leah di tengah bandar Cebu — yang mirip dengan the Royal Mint of Spain.

Tak cukup dengan gambar, jemputan kahwin pun dibuat dengan tema sama. Tak percaya? Tengok sini.

So, korang dah dapat inspirasi nak buat tema apa pre-wedding shoot nanti?

 

Baca: Memang Rare! Bakal Pengantin Ambil Risiko Panjat Gunung Berapi Untuk Gambar Pre-Wedding

Capture 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.