in

Bercakap Seorang Diri & ‘Menyisir Rambut’ Seakan Dirasuk, Gadis Ini Dikatakan Anak Pontianak?

anak pontianak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak semua orang bernasib baik dan dapat bertemu dengan ibu yang melahirkan kita ke dunia, atas sebab tertentu, ada anak-anak yang tidak dapat bertemu dengan wanita yang membawa mereka ke dunia.

Disebabkan itu, ramai yang mencuba untuk mencari ibu kandungan mereka walau apa pun dugaan yang menimpa.


Seperti kisah seorang gadis dari negara jiran, Indonesia yang bernama Tiara Kartika menjadi tular apabila dia dikatakan anak kepada kuntilanak atau lebih dikenali sebagai pontianak di negara kita.

Gadis cantik itu menjadi bualan netizen selepas dia dipaparkan dalam beberapa video oleh YouTuber Karol Inoviani, yang dikatakan seorang ‘medium’ spiritualis.

Dalam salah satu video, Tiara dikatakan masih bayi ketika ditemui oleh seorang wanita warga emas di tengah-tengah hutan. Wanita yang dikenali sebagai Nenek Nur itu membawanya pulang lalu membesarkannya tetapi banyak perkara pelik berlaku sejak hari itu.

Bukan sebab itu sahaja dia digelarkan Anak Pontianak, gadis berusia 11 tahun itu sebelum ini dibuli di sekolahnya apabila dia dikatakan seperti dirasuk kerana bercakap sendirian dan ‘menyisir rambutnya’ seperti Pontianak.

“Ibu sudah lama tidak ‘melawat’ Tiara”

Karol berkata, gadis tersebut adalah manusia biasa tetapi dia istimewa, ini kerana Tiara dikatakan mempunyai ‘penjaga’ yang menjaganya selain Nenek Nur.

Penjaga yang mereka gelar sebagai ‘ibu angkat’ Tiara itu dikatakan mempunyai rupa seperti Pontianak menurut YouTuber Indonesia itu.

Dalam satu video baru-baru ini, gadis itu mendedahkan bahawa ‘ibu angkatnya’ tidak lagi melawatnya pada waktu malam tetapi sering masuk ke dalam mimpinya, sambil menambah bahawa ‘ibunya’ itu kadang-kadang ‘menangis’ kerana merinduinya.

Tidak kiralah cerita ini benar atau tidak, kami harapkan Tiara sentiasa bahagia dan menjadi anak yang baik…

Baca: Lagenda La Llorona: Wanita Berbaju Putih, Menghantui Kanak-kanak Dengan Tangisan Di Malam Hari

La Llorona 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.