in

“Berapa harga nak beli Nilai 3?” – Gara-gara Isu Neelofa, 2 Menteri Besar Berbincang Jual Beli Nilai 3

Tweet Mb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu selebriti tempatan, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) baru-baru ini masih lagi hangat diperkatakan netizen selepas pasangan tersebut tidak didakwa atas kesalahan merentas negeri di mahkamah.


Susulan itu, ramai netizen yang mula ‘buat lawak’ dengan mengatakan Kawasan Perindustrian Nilai 3 berada di bawah jajahan Selangor dan bukan Negeri Sembilan.

Nilai 3 Fb 1

Jadi sebab itulah kesalahan rentas negeri tak dikenakan kepada mereka berdua yang membeli karpet di Nilai 3.

 

Dua menteri besar berbincang soal jual beli Nilai 3? 

Perkara tersebut juga kemudian mendapat perhatian Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang menceritakan mengenai sejarah daerah Lukut yang dahulunya berada di bawah jajahan Selangor tetapi diserahkan kepada Negeri Sembilan.

Tweet yang dimuat naik Amirudin kemudian mendapat perhatian Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Aminuddin Harun yang berseloroh mahu menjual Nilai 3.

Mereka berdua kemudian berjenaka mengenai soal jual beli daerah itu yang mana masing-masing  mahu menggunakan khidmat jurunilai untuk proses tersebut. Lawak pulak bila admin baca!

 

Isu ‘Nilai 3’ dapat perhatian polis 

Walau bagaimanapun, semalam, pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung isu ‘Nilai 3 terletak di negeri Selangor’ selepas perkara tersebut dimuat naik pemilik akaun FB yang disyaki menyebarkan berita palsu yang boleh menyebarkan kegentaran awam, lapor Harian Metro.

Whatsapp Image 2021 05 23 At 10.28.39 Pm

Pihak polis pada masa yang sama juga menegaskan Nilai 3 adalah kawasan dalam pentadbiran IPD Nilai, Negeri Sembilan dan bukannya Selangor.

Kenyataan yang menjadi gurauan di media sosial itu juga bimbang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Apa-apapun admin terhibur baca tweet dua menteri besar tu. Selamba je mereka berseloroh. 

Baca: “Tak habis-habis” – Neelofa Sekali Lagi Disiasat Polis Dakwaan Tak Pakai Mask di Mahkamah

Lofa 4

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.