in

Bengang Isteri Elak Ajak ‘Bersama’, Lelaki Ugut Nak Bunuh Anak

Ft Lelaki Ugut Anak

Seorang lelaki tergamak melakukan tindakan kejam terhadap anaknya sendiri apabila ajakan untuk bersetubuh ditolak. Dalam kejadian yang berlaku di Indonesia itu, si bapa ini mengancam dan mengugut untuk membunuh anak-anaknya.

Menurut sumber, ugutan itu dibuat di bilik air rumahnya, dia mengasah pisau sambil mengatakan bahawa jika anaknya yang ada dalam bilik air itu berani keluar, dia akan membunuhnya.

Artikel Berkaitan : 4 Selebriti Ini Terlepas Dari Tuduhan Rogol &  Bunuh Walaupun Fakta Kes Kuat Sebab…

Artikel Berkaitan : “Pijak, tendang, cekik isteri” – Wanita Dipukul & Diugut Bunuh Sebab Tegur Suami Selalu Bawa Anak Perempuan Pergi Minum Arak

Meskipun begitu, anaknya memberanikan diri untuk melarikan diri dan lelaki itu menengking dan mengarah anaknya untuk masuk semula ke dalam rumah.

Screenshot 2023 09 05 161540

Sementara itu, si ibu yang mendengar ugutan tersebut bergegas meminta pertolongan dan membuat laporan polis.

Pelaku telah ditahan mengakui hal tersebut dan di situlah dia mendedahkan bahawa tindakan itu berpunca daripada ajakan untuk melakukan persetubuhan ditolak.

Screenshot 2023 09 05 162044

Tambahnya lagi, suspek itu berang kerana si isteri penat seharian berniaga untuk mencari nafkah buat dua anak lelaki mereka yang masing-masing berusia 12 dan 14 tahun.

Sumber : Tribun