in

Bengang Aduan Kena ‘Palau’, Penduduk Nekad Serbu Pejabat Bekalan Eletrik Setiap Hari Untuk Kisar Rempah

Pejabat Eletrik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak frust bila takde bekalan eletrik kat rumah, kan?

Banyak benda jadi tergendala contohnya caj telefon, memasak dan lain-lain. Kena pulak time tu cuaca panas, pergh memang panas luar dalam. Kalau sekejap takpe, ni kalau dah hampir satu hari…


Begitulah ragam yang perlu dihadapi penduduk di daerah Shivamogga, Karnataka, India. Gangguan bekalan eletrik yang kerap dan berpanjangan ini mengakibatkan ada penduduk hanya mendapat bekalan eletrik tiga ke empat jam sehari. Cuaca yang panas pula tak membantu meringankan beban mereka.

553 1 E1654998195897

Disebabkan itu, seorang penduduk daerah berkenaan dikenali sebagai M Hanumanthappa nekad untuk menyerbu pejabat bekalan eletrik berdekatan setiap hari untuk mengecaj telefon dan mengisar rempah ratus.

Kalau korang nak tahu, lelaki ni dah 10 bulan tau buat macam ni sebab aduan yang dibuat semua kena palau.

Ambil kata pegawai secara literal

Two Men Arguing E1654998407272
Gambar hiasan

Sumber melaporkan, Hanumanthappa mengambil langkah drastik ini selepas bergaduh besar dengan seorang pegawai daerah. Difahamkan, pegawai berkenaan menyuruh Hanumanthappa pergi ke pejabat bekalan eletrik untuk kisar rempah lepas penduduk terbabit mengadu susah untuknya ke rumah jiran setiap hari hanya untuk mengecaj telefon dan sebagainya.

“Dia (pegawai) suruh saya pergi caj telefon dan kisar rempah di pejabat bekalan eletrik. Jadi, saya buatlah. Nak pergi rumah jiran setiap hari untuk buat benda-benda ni susah sebab mereka pun terjejas akibat masalah bekalan eletrik,” katanya.

Sepanjang 10 bulan terbabit, Hanumanthappa difahamkan akan pergi ke pejabat bekalan eletrik berkenaan sambil membawa beberapa pengecas telefon dan mesin pengisar. Lelaki terbabit akan melakukan apa saja kerja yang perlu menggunakan bekalan eletrik sepanjang berada di sana pada waktu siang.

Sumber: India.com

Baca: “Dalam gelap pun onzzz” – Rumah Blackout Waktu Majlis Nikah Tapi Teruskan Je Pakai Lampu Handphone

Pengantin Blackout E1654997266507

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.