Hari pernikahan memang tak akan dilupakan pasangan sampai bila-bila apatah lagi jika ada kisah lucu yang berlaku pada hari tersebut.
Itulah yang berlaku kepada satu pasangan pengantin baru, Nur Fazlina Abdullah, 30, dan suami dari Bagan Datoh, Perak. Melalui satu posting di Facebook, jurugambar majlis pernikahan mereka telah berkongsi insiden lucu yang berlaku pada hari tersebut.
Menurut mStar, majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan pada waktu malam dan hanya diterangi lampu suluh serta lampu dari telefon bimbit disebabkan bekalan elektrik terputus.
Majlis pernikahan tanpa elektrik. Thanks pada yang beri lampu. Hahahaha.”
Kata Fazlina pada malam kejadian, rumahnya blackout sebanyak dua kali menyebabkan detik bahagianya bersama suami diselubungi cahaya malap.
Sebenarnya pihak TNB sudah keluarkan notis awal memaklumkan bekalan eletrik akan mengalami gangguan pada 12 Januari (Ahad). Majlis pernikahan kami berlangsung pada malam sebelumnya di rumah keluarga saya.”
Ingatkan bekalan elektrik mengalami gangguan pada tarikh yang dinyatakan, tak sangka malam tu gangguan berlaku. Tapi mujur juga kami sudah diijabkabulkan sebelum bekalan terputus.”
Mengimbau kembali detik itu, Fazlina berkata rumahnya blackout ketika dia baru nak menandatangani borang dan dokumen nikah. Semua terkejut sebab tiba-tiba gelap tapi mujurlah ada lampu suluh dan tetamu tolong buka lampu telefon bimbit mereka.
Meskipun begitu, menurut Fazlina ianya sesuatu yang tidak dilupakan olehnya dan suami serta seluruh ahli keluarga. Apa-apa pun dia bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.
Dalam enam majlis perkahwinan dilangsungkan di rumah keluarga kami, majlis sayalah yang paling rare dan lucu gara-gara bekalan elektrik terputus sewaktu majlis nikah.”
Lucu bila teringat kejadian itu.”