in

Belum Ada Kata Putus Sama Ada Solat Berjemaah & Jumaat Dibenarkan Atau Tidak

Untitled Collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang seminggu lebih berpuasa ni, tentu ramai yang rindu nak berkampung di masjid setiap malam kan? Ibarat tak lengkap rasanya Ramadhan tahun ini, tanpa dapat berterawih dan berqiamulail di masjid dan surau.


Sedar tak sedar juga, Perintah Kawalan Berkurung fasa keempat akan tamat 12 Mei ini. Dapatkah sedikit kelonggaran diberi untuk umat Islam menjejakkan kaki ke masjid pada baki Ramadhan sebelum Syawal menjengah — nampaknya belum ada sebarang jawapannya lagi.

Jika ada pun, kelebihan itu hanya dapat dinikmati oleh Ahi Jawatankuasa dan pegawai masjid seperti yang dilaksanakan negeri Perlis.

705277

Berita Harian melaporkan, isu berkaitan solat berjemaah dan Jumaat akan dirujuk ke Jawatankuasa Khas Majlis Keselamatan Negara.

Meteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata — sebarang keputusan mengenai perkara itu akan dibincang dalam mesyuarat kabinet, sebelum ia diumumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Justeru, orang ramai nampaknya perlulah bersabar menunggu keputusan yang akan dibuat mereka yang pakar dalam bidang ini.

Yang penting ketika ini adalah untuk kita terus mematuhi perintah kerajaan agar rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan dengan segera.

 

Baca: “Alhamdulillah” – Perlis Negeri Pertama Benarkan Solat Jumaat Mulai 15 Mei

1Perlis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.