in

“Alhamdulillah” – Perlis Negeri Pertama Benarkan Solat Jumaat Mulai 15 Mei

1Perlis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) segala upacara keagamaan yang meilbatkan mass gathering adalah tidak dibernarkan. Ini termasuklah Solat Jumaat.

Walaubagaimanapun, Solat Jumaat Bersyarat akan dibenarkan mulai 15 Mei ini dengan Negeri Perlis menjadi negeri pertama untuk menunaikan ibadah tersebut selepas PKP menurut laporan @bernamadotcom.


Screen Shot 2020 05 09 At 7.10.11 AmScreen Shot 2020 05 09 At 7.10.32 Am

 

Alhamdulilah

Berita mengenai kebenaran Solat Jumaat Bersyarat ini disampaikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail yang juga Yang Dipertua MAIPs baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, kebenaran ini tidak melibatkan orang awam dan hanya dibenarkan kepada AJK Masjid termasuk imam atau khatib seramai 12 orang sahaja.

Mereka yang berumur 60 tahun ke atas tidak dibenarkan hadir, selain mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak, selesema serta mempunyai sejarah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit barah juga tidak dibenarkan” – Raja Muda Perlis

Selain bilangan jemaah dan had umur, beberapa perkara lain turut digariskan untuk Solat Jumaat Bersyarat ini termasuklah

  1. Memakai penutup hidung dan mulut
  2. Melakukan social distancing sekurang-kurangnya 2 meter ketika solat
  3. Berwuduk sebelum ke masjid
  4. Membawa sejadah sendiri
  5. Solat ditempat terbuka, contohnya anjung masjid
  6. Solat Jumaat adalah selama 15 minit
  7. Berjabat tangan tidak dibenarkan sebelum atau selepas solat
  8. Jemaah perlu beredar dari masjid selepas selesai solat

Kegagalan mematuhi syarat ini akan menyebabkan masjid tersebut tidak dibenarkan mengadakan Solat Jumaat.

MAIPs mengeluarkan peraturan itu setelah mengambil kira pandangan Jabatan Fatwa Negeri Perlis, Jawatankuasa Muzakarah Khas Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Kementerian Kesihatan.

 

Baca: “Dah kenapa sampai nak tutup masjid?” – Perlis Negeri Pertama Batal Solat Jumaat & Ganti Solat Zohor Buat Netizen Berbalah

Screen Shot 2020 05 09 At 7.27.18 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.