in

Bella Astillah Nafi Dakwaan Kes Mahkamah Ditunda Sebab Sudah Berbaik Dengan Aliff Aziz

Bella Berbaik Aliff Aziz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Timbul khabar angin yang mengatakan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah sudah berbaik dengan Aliff Aziz susulan kes mahkamah antara mereka ditunda daripada 4 Jun ke 13 Jun.

Bagaimanapun, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah menepis dakwaan yang ditularkan sehingga membuatkan dirinya dikecam ramai.


Dah lama move on

Bella menerusi Instagram Story menegaskan bahawa dia sudah meneruskan hidup dengan tenang tanpa suami di sisi setakat ini.

Artikel berkaitan: “Cukuplah Kak Long je gagal dalam perkahwinan” – Ucapan Birthday Bella Astillah Kepada Bakal Adik Ipar Buat Ramai Tersentuh

Artikel berkaitan: “Dengar boleh, percaya jangan” – Netizen Dakwa Aliff Aziz Ada NPD, Apa Tu?

Dia juga menyatakan rasa kecewa kerana banyak fakta diputar belit oleh banyak pihak hanya disebabkan menolak untuk ditemu bual.

“Saya sudah beberapa kali menolak untuk ditemu bual kerana pada akhirnya akan terjadi berita sebegini.

“Jawab salah, tak jawab dikata sombong. Bila wakil saya jawab, macam inilah jadinya. Semua fakta dipusing.

“Saya minta tolong untuk berhenti buat tanggapan sendiri, dengar gosip-gosip dan akhirnya netizen tak tahu menahu yang hanya baca headline sahaja terus mengecam bella.

“Saya sudah lama move on dan cuba hidup tenang,” kata Bella.

Screenshot 2024 06 04 103352

Memetik sumber Berita Harian, peguam syarie mewakili Bella iaitu Azmi Mohd Rais memaklumkan perbicaraan anak guamnya yang sepatutnya berjalan hari ini ditangguhkan kepada 13 Jun berikutan keputusan pihak mahkamah.

Sumber: Berita Harian, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.