in

“Beliau sangat menakjubkan” – TMJ Puji Kredibiliti Hannah Yeoh Sebagai Menteri

tmj puji hannah yeoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hannah Yeoh merupakan Menteri Belia dan Sukan sejak Disember 2022 dan beliau juga merupakan Ahli Parlimen Segambut.

Sebelum ini beliau memegang portfolio Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Artikel bekaitan: “Ibadat tak ganggu prestasi atlet” – Hannah Yeoh Beri Kenyataan Isu Bekas Pemain Badminton Hina BAM

Artikel berkaitan: “Sekurang-kurangnya RM 2 billion” – TMJ Anggap Kos Stadium Shah Alam RM 700 Juta Tak Logik

Terbaru, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dalam podcast bersama bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin memuji kredibiliti serta kerja Hannah Yeoh dalam mengelola kementerian tersebut.

Dalam podcast Keluar Sekejap itu, TMJ menyifatkan Hannah Yeoh seorang menteri yang fokus terhadap kerjanya bagi memartabatkan industri sukan dan pembangunan belia di Malaysia.

“Berkenaan dengan parti ini saya lebih suka menilai sebagai contoh Hannah Yeoh, bagi saya beliau sangat menakjubkan.

Beliau (Hannah Yeoh) seorang yang hanya fokus kepada kerjanya. Apabila ada kerja, beliau lakukan kerjanya,” kata TMJ.

Sebagai info, Hannah Yeoh dilihat berjaya menyelesaikan permasalahan yang sudah lama dialami oleh industri sukan sebelum ini.

Antaranya termasuklah, kerjasama dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi peluang kepada para pelajar sekolah untuk menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) secara percuma.

Selain itu, penawaran penukaran rumput jenis Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi bualan dalam arena bola sepak negara berjaya diusahakan kurang setahun beliau memegang portfolio tersebut.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.