in

Beli Pakej Perkuburan T20 Harga Lebih RM 200K, Pasangan Indonesia Ini Buat Netizen Terkedu

Kubur T20 Indonesia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umat Islam sentiasa diingatkan untuk mengingati mati sama seperti beriman kepada qada’ dan qadar serta menerimanya dengan reda.


Baru-baru ini, tular sebuah video pasangan suami isteri daripada Indonesia yang berkongsi perancangan kematian mereka apabila mereka memutuskan untuk membeli tapak tanah kubur bersama.

@fannykondoh

Kamu ga harus sama dan sepaham sama aku kok , belum tentu juga aku yang siapin masa depan kayak gini masuk surga juga , cuman aku memang cari peristirahatan yang khusus muslim dan aktif murotalnya , karna aku paham aku ga punya anak yang bisa doain aku nantinya , cuman intinya aku mau syiar aja kalau aku dan paksu memilih untuk siapin ini dari sekarang , saling hargain aja sih , pilihan orang kan beda beda, kalian ga harus sama juga , dan gapapa juga kok beda … ?#fypシ #xyzbca #vlog #minivlog #adayinmylife #adml #suamiistri #halal #alazharmemorialgarden #pemakaman

♬ suara asli – Fanny Kondoh – Fanny Kondoh

Namun, apa yang mengejutkan ialah disebabkan mereka memilih untuk disemadikan atas tanah perkuburan yang private maka caj bayarannya mencecah kira-kira RM 200K.

Tanah perkburan itu didakwa lengkap sijil serta menghadap kiblat, ia difahamkan terletak di San Diego Hills, Jawa Barat, Indonesia.

“Anda tidak perlu sama dan bersetuju dengan saya, belum tentu saya yang sedang membuat persiapan untuk masa depan seperti ini untuk ke syurga juga, tetapi saya memang mencari tempat persemadian khusus untuk muslim dan ada bacaan ayat suci.

Kerana saya faham saya tidak mempunyai anak yang boleh mendoakan saya nanti, cuma intinya, saya cuma nak cakap yang saya dan Paksu pilih untuk sediakan dari sekarang.

Pilihan adalah berbeza, anda tidak perlu sama dan tidak mengapa untuk berbeza,” tulisnya di kapsyen.

Selain itu, pasangan tersebut turut berkongsi harga kubur bagi beberapa kategori antaranya ialah single (RM18,811), semi private (RM133,830) pakej manakala kategori private pula bernilai RM249,453.

“Bagus prepare awal tapi…” 

Perkongsian itu mengundang pelbagai respon daripada netizen, ramai yang memuji dan menghormati niat pasangan itu namun ramai juga yang mempertikaikan keputusan mereka itu.

Cats 40

Apa pendapat korang pulak? 

Baca: Warga Indonesia Dedah Lebih Suka Dapatkan Rawatan Di Hospital M’sia Dari Negara Sendiri Sebab...

Ft Mayapada Hospital

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.