in

“Belajar sendiri dari YouTube” – [Video] Kanak-kanak 10 Tahun Tunjuk Editing Skill Ala-ala Filem Superhero

Video3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemahiran datang daripada minat yang kita pupuk sejak dari kecil lagi, dengan sokongan dan dorongan ibu bapa terhadap minat yang anak mereka ada, pasti kemahiran itu akan dapat diasah lagi dengan baik.


Amat terpukau kami bila melihat editing skill daripada kanak-kanak 10 tahun ini, menurut ayahnya. Arif Rafhan,44. Anaknya Arif Aamil Hamka hanya belajar melalui tutorial YouTube sahaja.

Video yang dimuat naik oleh Rafhan ini membuatkan ramai netizen kagum sampaikan meraih hampir 700 retweets dalam masa 5 jam ia dikongsikan di Twitter.

 

Belajar sendiri dari YouTube

Ketika dihubungi Team Lobak Merah, Rafhan yang bekerja sebagai Artis Visual & Komik menceritakan bahawa Hamka ini begitu minat dengan filem-filem aksi superhero dan cuba meniru movie tersebut.

Dalam pada itu, Hamka juga kerap menunjukkan kemahirannya ketika sekolah ada buat pertandingan video.

“Saya ajar dia sikit-sikit je. Yang lain dia belajar dari YouTube. Minat tengok cerita marvel /Star Wars apa semua, dia cuba tiru efeks movie tu kat video sendiri. Sekolah pun selalu ada pertandingan video sempena hari guru, merdeka semua tu, dia akan buat video magic atau vfx dalam pertandingan tu.”

Biarpun memberi dorongan dan galakan dalam kemahiran ini, Arif tetap pastikan Hamka fokus pada pembelajarannya.

“Kami bagi explore video (atau aktiviti lain) masa weekend atau cuti sekolah je.”

Tambah Arif lagi, selain Hamka, kakaknya juga mempunyai minat yang sama.

“Banyak benda lain juga dia dan adik beradik buat, band music, magic video macam Soyank tu dan stop motion.”

Katanya lagi, Hamka mula berjinak-jinak dalam kemahiran ini sejak awal tahun lalu. Malah, mereka sebelum ini pernah viral kerana membuat video stop motion dengan menggunakan lego.

Melihat kebolehan adik ni, ramai netizen terpukau dan memberi sokongan moral kepada adik Hamka ini. Kami dari Team Lobak Merah pun terpegun melihat kebolehan adik Hamka, moga-moga kemahiran ini akan kekal dan boleh pergi jauh pada masa akan datang.

 

Baca : “Level editing dia lain macam betul”- Lelaki Ini Menyamar Jadi Doktor Lepas Edit Muka Pakai ‘Photoshop’

Feature Image Doktor Palsu E1613799661823

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.