in

Bekas Suami Penyanyi Dangdut Dipenjara 3 Bulan, Mengaku Salah Belasah Isteri Depan Anak

Ft Bekas Suami Penyanyi Dangdut Belasah Isteri Ditangkap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahli perniagaan, Reduan Mahamood, 58, dikenakan hukuman penjara selama 3 bulan dan denda sebanyak RM 2,000 di Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah memukul isterinya. Hukuman terhadap tertuduh itu dibuat oleh Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.



Menurut Berita Harian, sekiranya tertuduh gagal membayar denda, mahkamah memerintahkan dia dikenakan tambahan hukuman penjara selama sebulan.

Menurut sumber lagi, Nik Siti Norazlini dalam hujahnya turut menasihati tertuduh dan mengharapkan hukuman itu dapat memberi pengajaran kepadanya.

“Seorang isteri adalah pendamping bukannya ‘punching bag’. Saya harap hukuman ini dapat memberi pengajaran kepada kamu. Jangan buat lagi pada anak, isteri dan kepada sesiapa sekali pun.” 

Mengikut pertuduhan, dia yang juga merupakan bekas suami kepada penyanyi dangdut terkenal itu telah didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Adriana Mohd Arif, 45, dengan memukul serta menendang menggunakan tangan dan kaki.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Batu 9, Cheras,  pada 14 November lalu. Tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Screenshot 2022 11 22 153448

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shafiq Ahmed Bazari.

Sebelum ini , Mohd Shafiq memohon agar pihak mahkamah untuk mempertimbangkan dengan mengenakan hukuman ringan terhadap Reduan dengan alasan dia sudah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Screenshot 2022 11 22 153503

Malah, katanya, tertuduh yang juga menghidap penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi adalah penyara utama keluarga.

Namun begitu, Norfarhanim memohon agar mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya sebagai pengajaran supaya tertuduh lebih bijak dalam mengambil sebarang tindakan pada masa akan datang.

Baca : Viral Video Suami Dera Isteri Depan Anak, Polis Buka Kertas Siasatan

Ebfsadgnf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.