in

Viral Video Suami Dera Isteri Depan Anak, Polis Buka Kertas Siasatan

Ebfsadgnf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.


Pihak polis telah mengesahkan mereka sudah membuka kertas siasatan terhadap video yang tular baru-baru ini yang memaparkan situasi lelaki telah mendera seorang wanita dalam sebuah rumah di kawasan Kajang.

Menurut Kosmo, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya ada menerima laporan berkenaan kes tersebut.

Screenshot 2022 11 18 At 12.01.42 Pm

“Saya boleh sahkan kami terima laporan dan sudah membuka kertas siasatan. Tindakan juga sedang dibuat.”

Sebelum ini, tular di media sosial sejak semalam satu video berdurasi satu minit tujuh saat yang memaparkan seorang lelaki dipercayai suami yang bertindak memukul dan mengheret seorang wanita dipercayai isterinya dan disaksikan oleh seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai anak kepada pasangan suami isteri tersebut.

Kanak-kanak perempuan itu juga dilihat menangis sambil mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu yang merakam.

Screenshot 2022 11 18 At 12.01.14 Pm 1

Individu beri penjelasan, dakwa anak dan isteri dikurung dan dipukul

Tanpa memberitahu identiti sebenar, individu yang memuat naik video asal itu telah mengatakan bahawa laporan polis telah dibuat dan mangsa kini sedang berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan selanjutnya.

“Mangsa terlalu takut dan tengah sakit…Sebab dihentak kepala…Didera separuh mati..”

Dia juga berkongsi bahawa si suami adalah jenis bersikap panas baran dan sering memukul dan mengurung anak dan isterinya sekiranya membuat kesilapan walaupun kecil.

“Dia dengan anak dia dikurung dan dipukul…anak tu anak yatim piatu, anak dengan suami lama…”

Fhyggxfamaaantu 1 1

Dia juga turut menjelaskan sosok wanita yang bertudung di dalam video tersebut adalah merupakan orang gajinya yang turut menjadi mangsa dera lelaki tersebut.

Semoga mendapat keadilan buat isteri yang didera tersebut…Min pula sebak tengok video yang tular itu…

Baca: “Sampai tak boleh kunyah, baring” – Gadis Kongsi Kisah Hitam, Didera Bapa Tiri Sampai Trauma

Screenshot 2022 11 18 At 12.33.53 Pm

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.