in

Bekas Pesakit Covid-19 Singapura Meninggal Dunia Lepas Seminggu Disahkan Bebas Virus

Feature 3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun bilangan kes positif Coronavirus di seluruh dunia meningkat, namun bilangan kes pesakit yang telah sembuh juga meningkat.


Namun, seorang bekas pesakit Covid-19 Singapura telah meninggal dunia walaupun telah disahkan bebas daripada virus tersebut seminggu sebelum itu, lapor Mothership.sg.

Covid Kes 15 Ii Data

Menurut anak wanita berkenaan, Noraisah yang berusia 37 tahun, ibunya, Salha Mesbee sudah disahkan negatif virus tersebut oleh doktor namun sayangnya tubuh ibunya tidak dapat menahan kesan jangkitan wabak itu.

Noraisah mengatakan virus itu telah menyerang otak dan ibunya telah meninggal dunia pada Khamis, 30 April lalu akibat komplikasi.

Wanita yang berusia 58 tahun itu merupakan pesakit yang ke-15 yang menjadi korban virus itu di negara terbabit. Salha Mesbee sebelum itu telah disahkan positif setelah pulang dari percutian di Turki pada Mac lalu bersama suami yang turut dijangkiti.

Covid 2

Pesakit tersebut juga sebelum itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) disebabkan jangkitan telah merebak ke organ hati dan ginjal. Paru-parunya juga dikatakan lemah. Allahu, sebak admin. 

Doktor kata ibu antara pesakit yang paling tenat pada ketika itu – Noraisah

Harapan kembali bersinar buat keluarga mereka apabila doktor telah mengesahkan wanita tersebut akhirnya negatif virus korona.

Covid Kes 15 Iii Data

Namun, belum sempat ibunya dibenarkan keluar dari Hospital Ng Teng Fong, dia telah disahkan mati otak di mana ahli keluarganya telah bersetuju untuk menghentikan alat sokongan pernafasan sekali gus redha dengan pemergiannya.

Difahamkan, keadaan itu terjadi disebabkan kesan jangkitan walaupun doktor sudah tidak menemui virus tersebut dalam badan pesakit. Bahaya betul virus ni. 

Sama-sama kita doakan agar roh Salha Mesbee dicucuri rahmat. Admin juga doakan agar keluarga mangsa akan tabah dalam menghadapi ujian ini. 

 

Baca: SEDIH! Doktor Muda Postpone Pernikahan Demi Rawat Pesakit, Meninggal Dunia Akibat Covid-19 

Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.