in

Angka Kematian & Kemasukan Pesakit Covid-19 Ke Hospital Mungkin Berpunca Dari Antivax – HTAR

Collage 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang mengatakan kebanyakan kes Covid-19 yang teruk adalah dari golongan muda yang tak divaksinasi dan mungkin mempunyai kaitan dengan orang yang enggan mengambil vaksin.

Ini kerana, lebih dari 55% populasi di Malaysia kini telah pun menerima vaksinasi lengkap dan hampir 80% penduduk di Lembah Klang telah pun menerima vaksinasi penuh.


Pakar penasihat perubatan kecemasan Dr Ahmad Tajuddin Mohamad Nor mengatakan dua per tiga pesakit Covid-19 yang dirawat di HTAR adalah berusia bawah 60 tahun dan masih belum divaksinasi, lapor The Star.

Dr Ahmad Tahuddin mengatakan, pihaknya mula melihat trend ini ketika gelombang ke empat bermula akhir Jun lalu.

Katanya ketika itu, mereka tak fikir yang golongan anti vaksin ini merupakan sebab utama kerana vaksin masih belum meluas ketika itu.

Namun sekarang, selepas vaksin Covid-19 mudah didapati secara walk-in, dia percaya golongan anti vaksin ini memainkan peranan yang besar.

Orang pertengahan umur, golongan muda segilintir dari mereka telah divaksinasi dengan satu dos atau tak ada vaksin langsung.”

1302987

Bukan itu sahaja, golongan anti vaksin juga mempengaruhi majoriti kadar kemasukan ke hospital dan kematian di negara-negara yang memulakan pengambilan vaksin awal seperti Amerika Syarikat dan Israel.

Malah baru-baru ini, kajian dari Pusat Kawalan Penyakit di Amerika Syarikat menemui orang yang tak divaksinasi mempunyai 10 kali ganda kebarangkalian untuk dimasukkan ke hospital dan 11 kali ganda untuk mati berbanding dengan golongan yang telah menerima vaksin.

Manakala menurut Kementerian Kesihatan Malaysia pula, sebanyak 80% pesakit yang dimasukkan ke dalam hospital sekarang adalah individu yang tak menerima vaksin.

Kami lihat perbezaan yang sangat ketara. Kalau anda dah divaksin, sangat jarang untuk anda menjadi lebih teruk.

Tapi jika tak divaksin, keadaan akan cepat menjadi teruk. Jika anda masuk ke hospital sebagai pesakit kategori 4 dan memerlukan oksigen serta tak divaksin, itu adalah petanda tak baik.”

Katanya lagi, ramai golongan muda yang enggan mengambil vaksin kerana merasakan yang mereka kuat untuk melawan Covid-19 tapi sebenarnya mereka tak sedar yang mereka ada penyakit seperti obesiti atau kencing manis kerana tak pernah membuat pemeriksaan perubatan.

Pada awalnya, penyakit ini dilihat hanya ‘menyerang’ golongan warga emas atau orang berpenyakit. Jadi orang muda ramai yang rasa selamat.”

Tambahnya, orang muda lebih banyak untuk keluar dan tak mengikut SOP yang ditetapkan jadi mereka lebih berpotensi untuk dijangkiti virus ini.

 

Baca: “Nak kaji antivax taknak vaksin sbb sakit atau sengaja” – Kerajaan Pertimbang Wajibkan Suntikan Vaksin Covid-19

Screenshot 2021 09 22 At 11.57.08 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.