in

Beberapa Wanita Hamil Mengadu Suami Tak Bagi Izin Ambil Vaksin – Dr Zulkifli

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham telah memberitahu setakat 9 Ogos lalu, seramai 70 orang wanita hamil telah meninggal akibat jangkitan Covid-19.


Pun begitu, kadar vaksin bagi golongan ini masih rendah di mana hanya 40% wanita hamil sahaja telah mengambil vaksin.

Susulan ini, Menteri Hal Ehwal Agama Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pihaknya telah menerima beberapa aduan bahawa ada kalangan suami tak membenarkan isteri mereka yang hamil untuk menerima suntikan vaksin Covid-19, lapor FMT.

Ekoran ini, Dr Zulkifli menegaskan bahawa pengambilan vaksin ini merupakan hak wanita untuk mendapatkan perlindungan.

Ingin saya jelaskan bahawa vaksin Covid-19 adalah selamat. Adalah menjadi hak setiap wanita untuk mendapatkan ikhtiar perlindungan melalui program vaksinasi yang disediakan oleh kerajaan.”

951710

Bukan itu sahaja, Dr Zul turut memberitahu yang Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada Khamis bersetuju bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, adalah amat penting pengambilan vaksin Covid-19 bagi ibu hamil dengan mengikut nasihat pegawai perubatan bagi mengurangkan risiko komplikasi sekiranya dijangkiti Covid-19.

Berbincanglah dengan baik dan saya pasti ramai pakar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sudi membantu untuk meleraikan pertanyaan dan kekeliruan berkenaan vaksin Covid-19.”

 

Baca: Kes Kematian Wanita Mengandung Naik Mendadak, Dr Hisham Seru Ibu Hamil Segera Ambil Vaksin

Screenshot 2021 08 13 At 12.09.23 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.