in

Bekas Askar Berjalan 284km Dari Kuantan Ke Putrajaya Untuk Minta Rakyat Malaysia Ubah Kerajaan

Hhh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika netizen semua sibuk bertelagah parti politik siapa yang paling bagus di media sosial, lelaki ini telah memilih untuk membuat perubahan dengan mengembara ke Putrajaya dari Kelantan hanya berjalan kaki. Wow!


Putrajaya
sumber: wob

Ingin tingkatkan kesedaran pentingnya ubah kerajaan

Menurut Sinar Harian, lelaki tersebut yang jugak seorang bekas tentera bernama Nasri Mat Jusoh berkata dia mahu tingkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat tentang pentingnya ubah kerajaan sekarang.

“Tiada mana-mana pihak yang memaksa yang buat perkara ini (berjalan kaki). Saya lakukan ini adalah atas kerelaan saya sendiri. Misinya adalah satu supaya rakyat berfikir dan membuat perubahan pada PRU kali ini,” kata Nasri yang berusia 56 tahun.

Screen Shot 2018 04 24 At 4.41.49 Pm
sumber: wob

Tak bercadang nak bermalam di mana-mana dan tidur di tepi jalan

Perjalanan dari Kuantan ke Putrajaya adalah sejauh 284km dan Nasri berharap dia dapat mengakhiri misinya dalam masa 4 hari lagi. Mengikut rancangannya, dia akan berjalan lebih kurang 70km sehari dan dia dah bersedia dengan misi ni semenjak dua minggu lalu lagi.

Nasri jugak telah menyediakan bekalan makanan dan minuman cukup-cukup untuk 4 hari supaya tubuhnya sihat bila mengharungi cuaca yang panas.

“Saya tak bercadang untuk bermalam di mana-mana dan saya akan tidur bila hari sudah malam, walaupun saya terpaksa tidur di tepi jalan. Saya dah biasa dengan situasi ni sebab pernah lalui latihan berat semasa menjadi tentera dulu,” tambah Nasri.

Berjalan bawa bendera PKR

Ketika jam lebih kurang 8.30 pagi semalam (24 April), bapa kepada lima orang anak ni ucapkan selamat tinggal buat isteri dan mulakan ekspedisi 4 harinya dengan bawa bersama-sama bendera PKR. Sungguhpun Nasri berjalan seorang diri, katanya dia tak pernah rasa keseorangan.

“Saya akan terus bertahan hingga ke akhir supaya rakyat akan melihat saya dan membuat perubahan bersama-sama. Ini akan membolehkan Pakatan Harapan mendapatkan Putrajaya dan memperbaki negara ini,” tambahnya lagi.

20180425Facebook03Ckt180424Skla02 Noresize
sumber: wob

Insiatif yang diambil Nasri dah mendapat pelbagai pujian daripada rakyat Malaysia yang kagum dengan pengorbanannya. Ada jugak di kalangan netizen yang sanggup tawarkan tempat bermalam dan makanan buat Nasri bila dia tiba di Kuala Lumpur nanti.

Lelaki seperti Nasri inilah yang patut diangkat sebagai pejuang yang sebenar daripada ahli politik yang sekadar menabur janji semata-mata. Harap-harapnya ada ramai lagi orang macam Nasri supaya kita dapat membentuk Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik pada masa akan datang! 

Baca: Majikan Singapura Sanggup Tanggung Kerugian Asalkan Pekerja Dapat Pulang Mengundi PRU14

Undi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.