in

Majikan Singapura Sanggup Tutup Kedai dan Tanggung Kerugian Asalkan Pekerja Dapat Pulang Mengundi PRU14

Undi Featured
HULU SELANGOR 05 May 2013. Orang ramai melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia menbuang undi di Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa. NSTP/Chan Wai Yew

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majikan diwajibkan bagi masa kepada pekerja mereka untuk keluar mengundi pada 9 Mei nanti tapi sudah semestinya undang-undang itu tak wajib dilakukan oleh syarikat di Singapura yang ada pekerja warganegara Malaysia.

Tetapi, bagi Ngo Hea Ong, seorang peniaga di Singapura menganggap ianya satu keperluan untuk dia benarkan pekerjanya yang juga rakyat Malaysia bagi menunaikan tanggungjawab balik mengundi, lapor Malaysiakini.


Mengundi 1
gambar hiasan

So, disebabkan itulah Ngo yang menjalankan perniagaan barang kemas tu bagi cuti khas pada 8 dan 9 Mei kepada 7 kakitangannya yang berwarganegara Malaysia untuk pulang.

 

Tidak teragak-agak untuk membuat keputusan 

Sejurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) umum hari pengundian jatuh pada hari Rabu – 9 Mei, lelaki berusia 40 tahun tu tidak teragak-agak untuk membuat keputusan itu dengan harapan ianya dapat membantu rakyat Malaysia jalankan tanggungjawab masing-masing.

Bukan setakat cuti,  Ngo juga turut bagi elaun penuh perjalanan kepada kakitangannya sejak pilihan raya umum sebelum ini. Wow!

Vote
gambar hiasan

“Kami percaya ini akan membolehkan mereka pulang tanpa bimbang untuk memenuhi kewajipan kepada negara mereka.” 

 

Tak kisah kedai mengalami kerugian

Ngo turut akui tak kisah jika kedainya yang terletak dalam sebuah pusat beli belah dekat Chinatown, Singapura terpaksa alami kerugian selama dua hari tersebut dan sedia menanggung.

Seorang rakyat Malaysia juga, Ngo turut akan pulang untuk mengundi buat kali keempat bersama pekerja yang kebanyakannya berasal dari Beruas dan Gopeng.

Harap semua majikan berfikiran seperti Ngo! Jangan lupa tanggungjawab kita untuk mengundi demi masa depan negara. Ayuh!

Baca: Syarikat Ni Bagi Cuti, Sponsor Tiket Kapal Terbang Untuk Pekerja Balik Undi PRU14

Plo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.