Semenjak pandemik COVID-19 ini, membuat kerja di rumah adalah satu kebiasaan yang terjadi dan semestinya ada cabaran kepada setiap orang.
Antara yang mencabar adalah kepada guru-guru dan pendidik yang perlu mengajar dan memastikan pelajar tersebut faham dengan apa yang diajar. Banyak kaedah yang dilakukan para pendidik ini untuk memastikan anak-anak murid sentiasa berminat dalam pembelajaran mereka.
Tular di media sosial menerusi aplikasi TikTok di Indonesia, pemilik akaun tersebut berkongsi behind the scene ibunya yang merupakan seorang guru sambil dibantu ayahnya merakam mata pelajaran yang diajar ibunya itu.
Apa yang menarik perhatian adalah, aksi ayahnya yang muka garang tapi comel membantu ibunya dengan menggantung skrip di lehernya supaya dapat membantu ibunya tidak lupa kata-kata yang ingin disampaikan.
https://www.tiktok.com/@yayangjulitaaa/video/6936188623876377858?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v2
Rata-rata netizen terhibur dengan ekspresi wajah ayahnya yang serius itu namun tetap supportive kepada isterinya.
Suami supportive
Hasilnya
https://www.tiktok.com/@yayangjulitaaa/video/6936396743957384450?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v2
Ini baru betul contoh suami mithali!