in

“Saya mengaku salah” – Pelajar Mohon Maaf Carut Guru Dengan Conteng Belakang Baju, Minta Henti Sebar Gambar Pemilik Motosikal

Sorry

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial gambar beberapa orang pelajar dilihat mencarut guru mereka dengan menconteng belakang baju sekolah dengan tulisan ‘F*ck’ atau ‘F*ck Cikgu’ berserta lukisan jari tengah.


Susulan itu, gambar tersebut telah mendapat kecaman hebat sehinggakan ada di kalangan netizen mula mencari siapakah penunggang atau pemilik kepada motosikal tersebut yang ternyata sangat biadap dengan guru mereka.

156118408 3723015614412468 8304094421824511512 O

Walau bagaimanapun, pelajar tingkatan lima dari sebuah sekolah di Kota Bharu semalam telah tampil memohon maaf dan mengaku bersalah atas perbuatan itu, lapor Harian Metro.

Dia juga berasa bersalah kerana tindakannya pemilik motosikal juga terjejas sehingga ada netizen memuat naik gambar lelaki terbabit dan menganggap lelaki tersebutlah yang melakukan perbuatan biadap berkenaan. Aduhai…. 

Saya mengaku salah secara terbuka atas kesalahan saya yang menulis perkataan mencarut guru di belakang baju sekolah.

“Motosikal yang saya tunggang juga bukan motosikal saya, pemilik motosikal adalah kawan kepada abang saya. Pemilik motosikal tidak bersalah, yang bersalah adalah saya.

“Pemilik motosikal juga bekerja di luar Kelantan. Sekali lagi saya memohon maaf dan meminta semua pihak tidak menyebarkan gambar pemilik motosikal kerana dia tidak bersalah,” kata pelajar itu.

 

Pemilik motosikal terkejut tiba-tiba jadi viral

Dalam pada itu, pemilik motosikal yang mahu dikenali sebagai Muhammad Afiq, 22, berkata, dia telah meninggalkan motosikal miliknya di kampung untuk kegunaan adik-adiknya.

Afiq yang bertugas di luar Kelantan ini walau bagaimanapun terkejut apabila mengetahui motosikal miliknya tular dan mendapat tahu pelajar yang tunggang motosikal tersebut adalah kawan kepada adiknya.

Wow

 

“Saya sudah berusia 22 tahun dan sudah lima tahun meninggalkan alam persekolahan. Ramai yang keliru mengatakan saya yang menunggang motosikal berkenaan sehingga gambar saya turut tular di Facebook.

“Saya dimaklumkan oleh adik, kawannya mahu meminjam motosikal untuk ke sekolah kerana motosikalnya rosak. Jadi atas belas kasihan, adik saya beri motosikal berkenaan.

“Cuma agak terkejut apabila tular dengan tulisan menghina guru di baju sekolahnya. Apapun saya mohon supaya orang ramai memadam gambar saya,” katanya yang juga membuat laporan polis.

Aduh tak memasal ye orang yang tak ada kena mengena pulak yang dikecam. Harap pelajar tu tak ulangi perbuatannya. 

Baca: “F*ck Cikgu!” – VIRAL! Netizen Bengang Budak Sekolah Biadap, Conteng Baju Mencarut Pada Guru

Fuck

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.