Baru-baru ini, kecoh kontroversi artis Malaysia minta bantuan kerajaan untuk meringankan beban mereka yang terkesan dengan ekonomi negara akibat penularan wabak Covid-19. Sampai bergaduh nak buat laporan polis weh.
Namun, kali ini admin nak kongsikan kisah positif dan inspirasi daripada pelakon tempatan, Zul Yahya yang tidak mengendahkan pergaduhan sesama artis.
Sebaliknya, dia telah menyedekahkan lauk secara percuma di restoran steamboat miliknya kepada orang ramai yang memerlukan. Macam ni lah bagus kan.
https://www.instagram.com/p/B-YcYGYJNl8/
Menurut perkongsian di Instagram, Zul juga mengatakan buat masa ini, restoran miliknya di Ipoh tidak akan menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan kerana mahu fokus pada kegiatan sedekah lauk kepada orang ramai pada setiap hari.
Makanan yang disedekahkan boleh diambil oleh orang ramai melalui drive-thru sahaja. Jadi, dorang tak payah keluar dari kereta pun.
Selain itu, dia juga mengagihkan barangan makanan seperti beras kepada orang yang memerlukan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.
Rata-rata netizen memuji tindakan pelakon ini.
Macam ni baru lah boleh dijadikan contoh. Bukannya asyik bergaduh je sesama sendiri.