in

BERITA PALSU! KKM Nafi Khabar Angin Lelaki Meninggal Dunia Sebab Makan Durian Sehari Selepas Vaksin

Ft Fakenewsdurian

Musim durian datang lagi dan seperti kita lihat di mana-mana ada saja orang menjual raja buah itu. Walaupun ketika pandemik Covid-19 ini, semakin ramai peniaga mengambil inisiatif untuk menjual durian melalui atas talian dan deliver kepada pelanggan mereka.

Dalam pada rakyat Malaysia tengah syok menikmati durian sekarang ni, ada pula cerita kurang senang yang didengari membabitkan buah durian. Dalam diam ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin kononnya ada lelaki meninggal dunia disebabkan makan durian sehari selepas mendapat suntikan vaksin.

Durian2

Melalui mesej yang tersebar di Whatsapp itu, pihak tersebut meminta agar perkara tersebut dihebahkan kepada keluarga dan rakan-rakan supaya tidak memakan durian sebelum serta selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.

Beritahu keluarga dan rakan-rakan supaya jangan makan durian sebelum atau selepas divaksin. Seorang lelaki di kebun saya baru suntik vaksin dan datang semula keesokan hari untuk makan durian dan meninggal dunia.”

Kita mesti ambil tahu dan berhati-hati.”

Maut

Berita begini sudah semestinya menimbulkan kegusaran ramai netizen dan semalam Kementerian Kesihatan melalui akaun Twitter telah menyangkal khabar angin tersebut dan memaklumkan ia adalah berita palsu.

Berita palsu. Jangan sebar atau berkongsi.”

 

Ini bermakna kita boleh makan durian tidak kira sebelum atau selepas mendapat suntikan vaksin Covid-19. Cuma kena beringat untuk makan berpada-pada sebab durian kan panas, itu saja.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan berita palsu atau berkongsi tentang sesuatu berita palsu kepada orang lain pula. Pastikan sahih baru kongsi.

Baca: Doktor Didenda RM5,000 Buat Cerita Palsu Pasal Vaksin Sinovac

Doktor 1

Sumber: Twitter