in

Bazar Ramadan: Warga Emas Tak Digalakkan Pergi Bazar, Kirim Makanan Kepada Orang Muda

Bazar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita semua maklum, bila dah masuk bulan Ramadan ini, petang nanti pastinya kita akan berbondong-bondong ke bazar Ramadan yang berdekatan untuk membeli makanan berbuka nanti.


Meskipun negara kita masih dalam status PKPB dan PKPP, namun kerajaan telah membenarkan bazar-bazar ini dibuka buat orang ramai dan semestinya ia dijalankan dalam suasana penuh SOP.

81585548971 Ramadan

Walau bagaimanapun, Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman telah menasihatkan golongan warga emas untuk tidak mengunjungi bazar kerana bimbang akan penyebaran wabak COVID 19, lapor Astro AWANI.

Menurutnya, golongan emas dinasihatkan untuk kirim saja makanan mereka kepada golongan dewasa atau orang muda jika bercadang nak beli makanan di bazar.

Saya jangka, untuk tempoh beberapa minggu ini, kes sama ada akan meningkat sedikit atau terus mendatar. Sejak tiga minggu lepas, kita lihat statistik mendatar, dan naik sedikit sejak dua hari lepas. 

“Tetapi, dengan kedatangan Ramadan ini, saya jangka kes mendatar. Sebab, kurang aktiviti makan minum di luar, ataupun melibatkan perkumpulan sosial secara beramai-ramai,” katanya.

Pic Lead Baru 1

Tambahnya lagi, aktiviti seperti bazar Ramadan dan solat tarawih juga tidak begitu menyumbang kepada potensi kenaikan kes seperti sebelum ini.

“Ia berbanding pola tingkah laku yang terlibat di majlis keramaian, yang banyak menyumbang kepada kes-kes baru, dan mereka yang di tempat kerja.

“Jadi kalau kita telah kurangkan aktiviti makan minum, secara umum, kurang aktiviti bersama, kurang interaksi dan kes juga saya jangka tidak begitu meningkat,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Dr Malina juga mengalu-alukan tindakan kerajaan negeri Kelantan yang membatalkan semua bazar Ramadan dan Aidilfitri di negeri itu pada tahun ini.

172491732 10162056334574572 3186387231042906293 N
Tapak bazar ramadan di kelantan yang kosong

Malah lebih penting lagi, negeri tersebut juga telah mengutamakan mereka yang sudah mula divaksin sebelum dibenarkan ke bazar atau masjid.

Tambahnya lagi, kesesakan di bazar Ramadan yang besar adalah sukar dikawal berbanding di masjid yang menjalankan SOP ketat pada jemaahnya.

Apa-apapun demi kebaikan bersama lebih baik kita elakkanlah ibu ayah kita ke bazar Ramadan tahun ni. Kalau teringin sangat makanan bazar, korang sendiri boleh tolong belikan untuk mereka. 

Baca: [TERKINI] Tiada Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri Tahun Ini Di Kelantan

Kelantans

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Kosmo
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.