in

Bayi Pramatang Meninggal Dunia Lepas Dilahirkan Secara Tiba-tiba Di Korea, Pasangan Terpaksa Bayar RM100K Untuk Bawa Pulang Jenazah

Anak Korea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Sebaik-baik kita merancang, tapi semuanya sudah menjadi ketentuan Allah.


Beberapa hari lalu, viral di Facebook sepasang suami isteri hadapi ujian besar semasa bercuti di Korea apabila si isteri secara tiba-tiba melahirkan seorang bayi prematured ketika sedang hamil 21 minggu di sebuah hospital di sana.

Lebih menyedihkan, bayi tersebut dilaporkan meninggal dunia lepas sehari dilahirkan. Allahuakhbar… 

 

“Rawatan tidak sampai 1 hari di hospital ini sangat tinggi sampai mencecah 11 juta won” 

Menurut suami mangsa, Muhammad Usaid Hudair Rahmat, dia bersama keluarganya telah ke Korea pada 9 Disember lepas dan sepatutnya dijangka pulang pada 13 haribulan lepas.

Namun mereka terpaksa batalkan penerbangan pulang lepas isterinya tiba-tiba melahirkan bayi pramatang ketika hamil 21 minggu di hospital di Korea. Namun malangnya, bayi mereka meninggal dunia tak sampai sehari dilahirkan dan mereka pula terpaksa menanggung hutang hospital sebanyak 11 juta won (RM40,000). 

Anak 1
sumber: facebook
79871984 3357952684275936 5044927229365059584 O
sumber: facebook

Lebih merumitkan, katanya kini bayaran perubatan termasuk caj tersembunyi untuk bawa pulang jenazah anaknya ke Malaysia berserta flight pulang telah meningkat ke 27,109,920 won (RM98,600). Uish dekat RM100K! 

Bayi 2
sumber: facebook

 

“Jenazah anak telah selamat disolatkan di Masjid Itaewon, bakal pulang ke kampung halaman” 

Menerusi perkembangan terbaru, khabarnya bayi tersebut telah pun disolatkan di Masjid Itaewon dan jenazahnya bakal dibawa pulang ke Malaysia hari ini.

79536508 10212230801405321 6655058993452417024 N

79006697 10212230801645327 5281592979780272128 N
sumber: facebook

Ketika dihubungi Harian Metro, Usaid memberitahu yang dia akan mengebumikan jenazah anak mereka di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Bentong Dalam, Kluang, Johor.

Dalam pada itu, segala urusan memandikan, mengkafankan dan solat jenazah akan dilakukan di Masjid Itaewon.

“Setakat semalam, saya dapat mengumpul RM30,00 hasil sumbangan orang ramai dan mujurlah pihak hospital membenarkan baki bil dibayar selepas kembali ke Malaysia.

“Saya ada bertanya kepada pihak kedutaan tetapi tiada peruntukan khas untuk kes kami tetapi berterima kasih kepada mereka (pihak kedutaan) kerana berusaha membantu mendapatkan ejen pengurusan jenazah,” katanya.

Bayi 2 1
sumber: harian metro

Malah dia juga memberitahu, bayi mereka tak dikebumikan di Seoul kerana tanah perkuburan di sana agak jauh dari bandar dan perlu mendapatkan permit yang mengambil masa sekurangnya seminggu untuk urusan pengebumian. 

Mereka sekeluarga dijadualkan akan pulang ke tanah air hari ni pada 3.55 petang dan jenazah anaknya akan dibawa pulang menaiki pesawat berlainan jam 4 petang. Pesawat pula dijangka tiba pada jam 10 malam nanti dan pengebumian akan diadakan esok hari.

Meninggal
Keluarga usaid ketika di korea | sumber: harian metro

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa, korang boleh je salurkan derma ke akaun bapa bayi seperti di bawah:

Muhammad Usaid Hudair bin Rahmat

151061434212 (MAYBANK)

Marilah kita doakan semoga urusan keluarga ini dipermudahkan. Aamiin… 

Baca: “Adakah logik soalannya” – Gara-gara Tak Tahu Bas Nombor Berapa Ke Nami Island, Pelancong Malaysia Ke Korea Dihantar Pulang?

Korea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.