in

Bayi Lelaki 6 Bulan Meninggal Dunia Dipercayai Dibunuh, Bapa Ditahan Untuk Siasatan

Untitled Design 2024 04 17T131721.506

Tidak dapat dinafikan kebelakangan ini banyak jenayah yang tidak dapat terjangkau dek akal dan sangat kejam.

Terbaru, seorang bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan maut disyaki akibat didera di rumahnya di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Hulu Langat, Selangor.

Artikel berkaitan: Bayi 3 Bulan Meninggal Dunia Hari Pertama Di Pusat Asuhan, Ahli Keluarga Tuntut Keadilan

Artikel berkaitan: “Berdarah baju dia” –  Ibu Hampa Bayi Berusia 6 Bulan Digigit Lebih 8 Kali Oleh Anak Pengasuh

Gigin Krishnan Q14Uht Ti7Q Unsplash
Gambar hiasan

Menurut laporan Astro AWANI, Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Muhamad Nasir Drahman berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 8.52 pagi Isnin lalu.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan di badan mangsa namun mayatnya telah dihantar ke Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat.

Hasil bedah siasat mengesahkan bahawa mangsa mengalami kecederaan di bahagian dalam kepala dan kecederaan mangsa bukan disebabkan kemalangan tetapi perbuatan jenayah ke atasnya,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata pihaknya menahan bapa kandung mangsa yang berusia 25 tahun semasa di hospital forensik dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati mangsa positif dadah jenis syabu. Justeru, permohonan reman telah dibuat ke atas suspek selama tujuh hari sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Asp S. Vekram Sinnaiah di talian 019-4737108.

Sumber: Astro AWANI