in

Bayi Berusia 9 Minggu Mati Selepas Didera dan Dirogol oleh Bapa

Page1 E1612082741669

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa biasanya gembira setiap kali menerima cahaya mata. Anak itu pasti akan mendapat sepenuh perhatian serta ditatang bagai minyak yang penuh.


Namun tidak bagi ibu bapa dari Rockville, Maryland ini yang disahkan bersalah oleh mahkamah kerana penderaan terhadap anak mereka sendiri.

Robert Davidson, 24, dijatuhkan hukuman penjara 50 tahun pada Jun 2015 selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian anaknya, Aleah Thompson yang baru berusia 9 minggu. Ayah jenis apa dia ni?

B
robert davidson

Robert mengaku bersalah di mahkamah di atas tuduhan penderaan kanak-kanak kelas pertama dan penderaan seksual yang menyebabkan kematian Aleah.

Ibu kepada anak kecil itu, Lorena Thompson berusia 22 tahun mengaku bersalah mengabaikan bayi itu pada bulan Julai dan dijatuhi hukuman lima tahun percubaan.

Thompson telah melihat kesan lebam di badan anaknya itu dan mengesyaki bahawa teman lelakinya telah mencederakan Aleah tetapi gagal untuk melindungi bayi itu atau melaporkan kepada pihak berkuasa”,

– Pendakwa Raya.

3Adbdd2100000578-0-Image-A-52_1480444065650
lorena thompson

Kedua-dua mereka ditahan pada penghujung Ogos 2015, lebih kurang dua bulan selepas kematian Aleah. Menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Polis Daerah Montgomery, Robert Davidson telah menghubungi talian kecemasan 911 pada 23 Jun 2015 jam 7.20 malam untuk melaporkan bahawa bayi perempuannya itu tidak bernafas atau memberi apa apa tindak balas.

B2

Paramedik bergegas membawa bayi itu ke Hospital Universiti MedStar Georgetown, Washington sebaik sahaja sampai di rumah pasangan itu di East Argyle Street namun disahkan meninggal dunia tiga hari selepas itu akibat kecederaan yang serius.

Hasil keputusan bedah siasat memutuskan kematian Aleah satu ‘pembunuhan’ yang disebabkan kesan hentakan benda tumpul berkali-kali. Bayi berusia 9 minggu itu mengalami tulang yang patah serta mempunyai 34 tulang rusuk patah.

B1
Aleah mengalami kecederaan di kepala, mata dan tulang belakang. Ahli antropologi forensik telah membuat kesimpulan bahawa penderaan bermula dalam tempoh dua minggu pertama selepas bayi itu dilahirkan dan kejadian yang terakhir adalah betul-betul sebelum kematiannya.

Screen Shot 2016 11 30 At 12.51.33 Am
Apabila disoal penyiasat, Lorena mengaku nampak kesan lebam pada bayinya itu lebih daripada satu kali serta mengaku ianya berlaku semasa Aleah di bawah jagaan teman lelakinya, Robert tetapi tidak membawa anaknya untuk dapatkan rawatan di hospital. Takde perasaan ke mak dia ni?

Beliau turut mengaku tidak membawa anaknya itu untuk pemeriksaan kesihatan.”

Robert juga mengaku melakukan perbuatan yang berbentuk penderaan seksual kanak-kanak. Beliau turut mengaku melepaskan Aleah secara ‘agresif’ ketika mendukung bayi itu sekurang-kurangnya sekali. Sampainya hati main campak anak macam tu…

*Jika anda menjadi saksi penderaan ke atas kanak-kanak jangan teragak-agak untuk membuat laporan tentang hal itu. 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.