Hospital kerajaan memang menawarkan perkhidmatan perubatan pada kadar harga yang rendah. Walaupun harga rendah, tapi kenapa ramai yang masih ambil mudah akan perkara ini? Contoh mudah, pengambilan ubat.
Seorang doktor di laman Twitter miliknya ada berkongsi harga ubat dan kadar bayaran yang dikenakan oleh hospital kerajaan. Mahal, tapi kenapa orang tak makan? Mungkin sebab kita bayar harga murah sebab tu kita tak hargai. Cuba korang tengok gambar dekat bawah ni.
Untungla bayar Rm5. Dapat ubat Rm2,673. Mana aku tak mengamok bila patient tak makan ubat. pic.twitter.com/kexp2r9aK0
— izuddin zaid (@izuddinzaid) August 8, 2019
Mahal betul!
Ya itulah harga ubat untuk sesetengah penyakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Tapi bukan jumlah beribu tu yang pesakit kena bayar. Tak silap admin, ada lah dalam RM1 ke RM5 je untuk setiap rawatan. Tapi itu pun orang masih taknak makan ubat.
Terima kasih doktor atas penjelasan itu. Sakit yang jenis macam tu memang belanja tinggi. Rawatan pun tinggi apatah lagi ubat-ubatan yang membantu untuk mempercepatkan kesembuhan. Betul tak?
Kalau boleh tu ikutkan nasihat doktor. Eh silap, tak ada kalau, memang kena ikut cakap doktor. Kita rasa je dah sihat, tapi sebenarnya belum betul-betul recover.
Betul, ini simpan banyak-banyak sampai expired ubat tu. Benda boleh cakap buat apa nak duduk diam? Jangan lah sebab berat mulut, sampai berlaku pembaziran, ada orang yang lebih memerlukan ubat tu kalau korang taknak makan.
Yang ini admin setuju! Malaysia punya sistem kesihatan awam memang terbaik. Itu pun sebab kerajaan banyak bagi subsidi. Kalau tak memang jenuh weh nak kena bayar ubat sendiri. Sakit sekali, pokai terus.
Baca: “Sindrom unik” Doktor Ini Jelaskan Melatah Dari Sudut Perubatan