Umum mengetahui kejadian banjir yang melanda beberapa wilayah di Indonesia begitu teruk sekali. Melihat beberapa perkongsian di media sosial suasana selepas banjir turut meruntun jiwa kita.
Begitu juga dengan video yang dikongsikan oleh seorang sukarelawan Malaysia ini yang datang menyertai misi bantuan di kawasan terjejas banjir di Palambayan, Sumatera Barat.
Menurut sukarelawan yang dikenali sebagai Salman, katanya kawasan yang dikunjunginya itu merupakan lokasi paling teruk terjejas di negeri Padang.
Dapat dilihat banyak rumah penduduk yang hancur dan di tepi jalan, dahan pokok berselerak bersama-sama harta benda yang musnah akibat banjir.
Artikel berkaitan: “Semoga cepat sembuh Aceh” – Imam Muda Asyraf, PU Rahmat & Haroqs Turun Padang Bantu Warga Aceh
Artikel berkaitan: “Mayat masih ada dalam kereta” – Situasi Hiba Pasca Banjir Di Kuala Simpang, Aceh
“Bau mayat masih kuat di Palambayan, Sumatra Barat. Keadaan tersangat dasyat, terlalu banyak rumah yang hancur.
“Semoga dengan sedikit buah tangan ini berikan rawatan jiwa pada meraka,” tulisnya.
@salmanalfarisi.my Bau mayat masih kuat di Palambayan, Sumatra Barat. Kaadaan tersangat dashat, terlalu baya rumah yang hancur. Semoga dengan sedikit buah tangan ini berikan rawatan jiwa pada mereka. Dimaklumkan inj adalah lokasi yang terteruk dalam negeri Padang untun bencana banjir kali ini. Hasbunallahu wanikmal wakil
♬ original sound – Salman Cerita Kebajikan – Salman Cerita Kebajikan
Difahamkan, masih ramai mangsa yang belum ditemukan kerana dibawa arus deras ketika banjir.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen Malaysia menzahirkan rasa sedih dengan ujian yang dihadapi oleh penduduk di sana.
Ramai yang mendoakan agar seluruh warga Indonesia yang terkesan dengan bencana itu dipermudahkan urusan dan dikurniakan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
Sumber: TikTok
