Bas yang membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah yang dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu telah terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Abdul Razak, Muadzam Shah, Pahang pada awal pagi tadi.
Bas tersebut telah terbabit kemalangan dengan sebuah treler dan Sinar Harian melaporkan bahawa dua orang termasuk seorang wanita telah maut dalam kemalangan terbabit.
Difahamkan, bas ekspress tersebut telah membawa 39 orang penumpang termasuk dua orang pemandu.
Artikel berkaitan: Wanita Persoal Tujuan 3 Trak Ini Suka Bawa Perlahan Sampai Halang Lalu Lintas Di ‘Highway’
Artikel berkaitan: “Dia tu kecil, bawa slow!” – Rider Motor Selamba Duduk Lane Kanan Dekat ‘Highway’
Menurut pihak bomba dan penyelamat, pihak mereka telah bergegas ke tempat kejadian dan sampai di situ pada jam 12.56 pagi setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 12.31 pagi.
Dalam kemalangan itu, bas berkenaan telah terbabas sebelum terjunam ke bawah cerun.
Pihak bomba dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap dalam bas berkenaan sebelum mangsa-mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan.