in

Wanita Persoal Tujuan 3 Trak Ini Suka Bawa Perlahan Sampai Halang Lalu Lintas Di ‘Highway’

Trak 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang selalu menggunakan highway di Malaysia, pasti pernah nampak beberapa buah trak yang selalu berada di lorong kanan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.


Satu video yang tular di TikTok baru-baru ini, memaparkan keadaan sama yang dihadapi oleh @cleopatra2207 di atas lebuh raya.

“Apa tujuan dia ada kat highway?”

Menerusi video itu, wanita berkenaan perlu berdepan dengan kesesakan lalu lintas gara-gara beberapa trak tersebut dipandu di lorong kanan.

Artikel berkaitan: “Dia tu kecil, bawa slow!” – Rider Motor Selamba Duduk Lane Kanan Dekat ‘Highway’

Artikel berkaitan: ‘Highway’ Sesak Sebab ‘Accident’ Lelaki Ini Terbangkan ‘Drone’ Sambil Lawat Kawasan

Wanita itu turut mempersoalkan tujuan utama trak itu berada di atas lebuh raya kerana ia dipandu perlahan membuatkan kenderaan lain yang berada di lorong kanan perlu memotong di lorong kiri untuk menghindar kesesakan yang berlaku.

Apa tujuan benda ni? Dia selalu ada kat highway.. Aku tak fahamlah kadang dia jalan perlahan.. kita kena ikut dia. Apa tujuan dia eh? Adakah untuk mengawal lalu lintas? Aku stres kalau dia ada.Dia selalu ada.. lepas tu berkawan, bertiga selalunya. Adalah dia control jalan tu.

@cleopatra2207

♬ original sound – CLEOPATRA – CLEOPATRA

Trak shadow vehicle untuk keselamatan

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberitahu kepada wanita tersebut tujuan trak shadow vehicle itu berada di atas lebuh raya.

Trak 1 Trak 2 Trak 3

Menerusi hantaran oleh Polis Kedah di Facebook, mereka menerangkan tujuan sebenar shadow vehicle (SV) adalah untuk memastikan keselamatan di lebuh raya untuk mengurangkan kelajuan kenderaan di lokasi.

Selain itu, ia digunakan untuk melindungi keselamatan petugas lebuh raya dan pengguna lain daripada terlibat dengan kemalangan semasa kerja-kerja penyelenggaraan lebuh raya dilakukan.

Setiap trak SV akan bermula dari lorong kiri sehingga ke lorong kanan sehingga kesemua trak berada di setiap lorong selain akan dipandu dengan perlahan hampir 10-20 km/j sehingga akan berhenti di lebuh raya.

Situasi ini hanya mengambil masa beberapa minit sahaja di mana ketika proses ini berlangsung, terdapat petugas lebuhraya di hadapan sana anggaran 200-300 meter sedang melakukan kerja-kerja pembersihan seperti mengalihkan objek contohnya serpihan tayar, kayu, besi, bangkai haiwan dll yang berada di atas lebuhraya, menampal lubang atau penutupan lorong untuk kerja-kerja selenggara.

Bagaimanapun, tujuan trak SV itu adalah untuk melindungi keselamatan pengguna jalan raya serta petugas penyelenggaraan yang berada di atas jalan.

Sumber: TikTok, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.