in

Baru Seminggu Bergelar Pengantin Baharu, Pengarah Animasi Ejen Ali Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

pengarah animasi ejen ali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengarah animasi Ejen Ali, Andi Abdul Ghani Kadir dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan di Sungai Kampung Batu Putih, Kinabatangan, Sabah.

Memetik laporan media, mayatnya ditemukan sekitar jam 11.25 pagi tadi di tepi sungai terbabit. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh, mengesahkan perkara itu memaklumkan pihaknya terdahulu menerima panggilan kecemasan pada petang Selasa.


“Mangsa kemudian ditemui pasukan penyelamat di tepi sungai berhampiran lokasi dipercayai hilang,” katanya.

Menurut sumber, Andi dilaporkan hilang sejak petang Selasa selepas terjun dari atas jambatan Kampung Batu Putih.

Artikel berkaitan: ⁠“Tengah undercover tu” – Orang Ramai Terkejut Jumpa Ejen Bakar ‘Sebenar’ Dari Siri Animasi Ejen Ali

Artikel berkaitan: “Bila nk keluar full?” – Netizen Tak Sabar Tunggu Ejen Ali Beraksi

Dalam kejadian petang semalam, mangsa bersama isterinya berusia 33 tahun dipercayai dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Kota Kinabalu.

Kereta dipandu isteri mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan. Mangsa kemudian dikatakan bertindak keluar dari kenderaan lalu terjun ke dalam sungai berkenaan.

552644989 814371431269697 4930759097150014662 n

Baru semingga berkahwin

Sementara itu, difahamkan Andi dan isterinya baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 16 September lalu.

“Baru-baru ini pada 16 September dia (Andi) baru saja melangsungkan perkahwinan menggunakan khidmat kami.

“Baru saja seminggu kahwin, itu yang membuatkan kami semua rasa terkesan dengan berita pemergian ini,” kata wakil yang mengurus majlis perkahwinan Andi.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.