in

“Baru selesai kelas mengaji” – Jemaah Wanita Cedera Lepas Disamun Dua Lelaki Guna Cangkul Dalam Masjid

Samun Masjid An Nur Kampung Guar 270220 696X435 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Manusia sekarang, kalau hati dah hitam tak kisah lah dimana pun dan siapa pun mangsa tu kalau nak penuhi kehendak diri tu rasa tak kisah pun nak menzalimi orang.


Menurut Harian Metro, jemaah wanita  mengalami kecederaan di belakang badan selepas dipukul oleh dua lelaki yang menggunakan cangkul dan besi dalam kejadian samun.

Kejadian itu berlaku di Masjid An-Nur Kampung Guar, Jalan Guar Jering di Kubang Semang, Bukit Mertajam, semalam.

 

Lelaki pukul jemaah wanita sebelum bawa lagi barang mangsa.

9729 Reutersnamaz 1326105436 642 640X480 1

Menurut polis, ia terjadi kira-kira pukul 3 petang, mangsa berusia 65 tahun bersama dua lagi jemaah wanita yang pada masa itu baru sahaja habis mengaji.

Tiba-tiba, ada dua lelaki meluru masuk ke bahagian ruang solat wanita, kata Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Mohd Mustafa Bidin

“Seorang dari lelaki itu menghampiri mangsa sebelum terus meragut rantai emas dan menyebabkan warga emas itu menjerit meminta tolong, namun suspek memukul belakang badan wanita tersebut menggunakan sebatang besi.”

Tambahnya lagi ada seorang suspek membara cangkul dan bertindak mengacu objek itu ke arah ketiga-tiga mangsa. Lelaki tersebut bawa lari beg solat mangsa yang mengandungi telefon bimbit,, beg duit, telekung dan kitab.

Suspek kemudiannya melarikan diri dengan sebuah motosikal dan kamera litar tertutup yang terdapat di perkarangan masjid tersebut berjaya merakam wajah suspek berkenaan.
Tambah beliau, usaha mengesan dua lelaki itu giat dijalankan dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397 kanun yang sama.
Nenekdidera 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.