in

“Baru segak bila berpakaian seragam” – Anggota & Pegawai Polis Kuala Lumpur Digesa Kawal BMI Secepat Mungkin

Ft Polis Digesa Turun Berat Badan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anggota dan pegawai polis di ibu negara baru-baru ini digesa untuk menjaga kesihatan terutama berat badan masing-masing agar sentiasa berada dalam julat jisim indeks tubuh (BMI) yang ditetapkan.

Perkara tersebut disampaikan oleh Ketua Polis  Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid yang turut mengakui sekitar 200 hingga 300 daripada 10,000 anak buahnya mengalami masalah berat badan.


“Saya harapkan mereka bebas penyakit dan pada masa yang sama nampak segak bila berpakaian seragam”

Tambahnya lagi, tugas sebagai anggota dan pegawai polis ini sememangnya mencabar dan salah satu cara untuk menghadapi cabaran dan tekanan tersebut adalah dengan kesihatan badan yang baik, ‘fit’ dan juga cergas.

Pegawaiannn1 1707878642.Jpg

Kenyataan Allaudeen tersebut diberikan ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, setakat ini pihaknya tidak meletakkan garis masa buat anggota dan pegawai terbabit untuk menurunkan berat badan, tetapi mereka perlu mengambil pendekatan ‘secepat mungkin’.

Turut mengulas berkenaan lawatan mengejut Ketua Polis Negara ke beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Allaudeen berkata, pihaknya mengambil pendekatan untuk turut turun padang dalam usaha untuk memantau anggota yang berada di lapangan.

Artikel berkaitan : [VIDEO] Anak Monyet Terperangkap Di Pembahagi Jalan, Polis Sanggup Buat ‘Roadblock’ Di MRR2

Artikel berkaitan : ”Siap ajar anggota lagi” – Orang Ramai Puji Ketua Polis Negara Turun Padang Menyantuni Anggota Lain

Menurutnya, Polis KL akan ambil iktibar dan semua ketua jabatan, Ketua Polis Daerah termasuk dirinya sendiri akan turun melawat balai serta IPD dan juga anggota serta pegawai yang sedang menjalankan tugas di lapangan.

Jelasnya lagi, perkara itu selaras dengan arahan ‘close monitoring’ agar tiada penyelewengan berlaku selain semua tugasan dilaksanakan dengan baik.

Sumber : Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.