in

“Baru nak fefeling Titanic” – Pelanggan Hampa Kongsi Pengalaman Naik ‘Cruise To Nowhere’

Cruise Singapura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Industri pelancongan merupakan industri yang terjejas teruk berikutan pandemik yang melanda seluruh dunia. Selain hampir tiada pendapatan kerana tidak dibenarkan beroperasi, jika korang ingat, ada syarikat yang tampil memperkenalkan beberapa konsep baru pelancongan iaitu penerbangan atau pelayaran yang tiada destinasi.

Konsep ‘cruise to nowhere’ ini diperkenalkan oleh salah sebuah syarikat pengendali kapal persiaran atau cruise yang ternama dan difahamkan mereka yang mengikuti pelayaran tersebut akan menghabiskan masa dalam kapal sahaja.


Biasanya, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan dalam sebuah kapal cruise ini, ini kerana ia boleh diibaratkan sebagai pusat pelancongan atas kapal. Mana tidaknya, disitulah ada bilik penginapan, hiburan, restoran dan pusat beli belah.

232913759 4207693782646639 8771912234362742055 N

Pendek kata, apa sahaja yang pelancong biasa buat semasa bercuti di mana-mana destinasi boleh dilakukan atas kapal sahaja. Selain menjadi pilihan ramai kerana mudah, pelayan mewah ini juga menjanjikan pengalaman percutian yang lain daripada yang lain.

Namun, menurut perkongsian seorang wanita di TikTok ini, suasana percutian atas kapal persiaran mewah semasa pandemik ini ternyata suatu pengalaman yang ‘menyiksakan’.

“Satu pengalaman yang menarik sekiranya anda boleh ‘hadap’ semua perkara ini”

@vonsterbelleThings to note before you book a trip on a cruise to nowhere ##travel ##cruise ##royalcarribean ##singapore

♬ Spongebob – Dante9k

Menerusi perkongsian @vonsterbelle tersebut, difahamkan kerana situasi semasa, syarikat pelayaran telah mengambil langkah berjaga-jaga selain ingin mengekalkan penjarakan sosial tetamu dalam pelayaran terbabit.

Difahamkan, wanita tersebut terpaksa beratur hampir 3 jam hanya untuk melakukan pemeriksaan pantas Covid-19 sebelum dibenarkan untuk menaiki kapal pelayaran tersebut. Selain hampir tiada barangan yang boleh dibelanjakan atau dibeli untuk lelaki.

Wave Rider Royal Carribean

Selain itu, segala aktiviti yang ada seperti permainan luncur air Wave Rider tidak dapat ditempah kerana terlalu ramai atau mungkin mengalami masalah teknikal dan kesemua kemudahan yang ada untuk kegunaan tetamu perlu ditempah terlebih awal selain terpaksa beratur panjang.

Singapore Cruise

Menerusi ruangan komen, wanita berkenaan turut tidak mengalakkan mereka yang berumur untuk mengikuti sebarang percutian atas kapal secara bersendirian, setidaknya mereka harus ditemani oleh ahli keluarga yang lain kerana hampir semua perkara perlu ditempah selain ini mungkin akan menyukarkan mereka yang biasanya kurang arif tentang hal-hal ‘orang muda’.

Royal Carribean

Selain itu, difahamkan juga menerusi satu posting di Facebook rasmi syarikat berkenaan, protokol kesihatan terkini mereka menyebabkan kakitangan terpaksa dikurangkan atas faktor keselamatan, ini secara tak langsung menyebabkan beberapa aktiviti dan tarikan dalam kapal terpaksa ditutup.

Baca : Gara-Gara COVID-19 Kapal Persiaran Mewah Tersadai, Kini Dijual Sebagai Besi Buruk

Kapal Persiaran Buruk Kena Jual

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: TikTok
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.