in

Gara-Gara COVID-19 Kapal Persiaran Mewah Tersadai, Kini Dijual Sebagai Besi Buruk

Untitled Collage 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkan, industri pelayaran mewah yang dahulunya bernilai berbilion ringgit kini ranap hanya disebabkan oleh penularan virus yang sehingga kini masih menghantui seluruh dunia.


Kapal persiaran seperti yang kita tonton dalam filem Titanic, lengkap dengan padang golf dan kolam renang diatasnya — yang dahulunya megah meluncur di laut-laut lepas, kini pengakhirannya begitu menyedihkan.

Tersadai sepi di pelabuhan, dan dijual semula sebagai besi-besi buruk.

Itu realiti yang berlaku, seperti yang dilapor dalam Daily Mail.

13

Disebabkan penularan pandemik COVID-19, kapal-kapal mewah ini tidak lagi dibenarkan berlayar sejak Mac lalu. Lalu kebanyakan cruise dari Britain dan Amerika Syarikat kini diletakkan di sebuah pelabuhan di Turki — sebuah lokasi yang disifatkan sebagai cruise liner graveyard.

Setiap bahagian daripada kapal persiaran itu akan dibuka, sebelum dijual semula. Antaranya termasuklah kapal persiaran Carnival Fantasy yang sebelum ini dioperasikan oleh gergasi industri tersebut — Carnival Cruise Line.

Syarikat itu sebelum ini mendedahkan, sebanyak 13 kapal persiarannya akan dilupuskan tahun ini untuk dikitar semula sebagai besi buruk.

Sebelum pandemik, pelabuhan itu hanya menempatkan kapal-kapal kargo dan kontena — namun penularan COVID-19 mengubah segalanya.

Seramai 2,500 pekerja diperlukan untuk melakukan kerja-kerja dismantling sebuah kapal penumpang dan ia memakan tempoh enam bulan.

Malah, setiap bahagian lain dalam kapal itu turut tidak dilupuskan begitu saja kerana pihak pengurusan hotel akan datang untuk membeli mana-mana barangan terpakai.

 

Baca: 57 Krew Kapal Disahkan Positif Covid-19 Walaupun 35 Hari Di Tengah Laut Padahal Sebelum Belayar Semua Negatif

Capture 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.