in

“Baru lepas bercerai & lumpuh” – Hattan Kongsi Kisah Sedih Arwah Bob Lokman Buat Lirik Rendang Tak Berbuah

Ft Hattan Kongsi Maksud Rendang Tak Berbuah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan hampir semua generasi 90 an dan sebelumnya ini kenal dengan lagu  nyanyian Datuk Hattan yang berjudul Rendang Tak Berbuah, bila kita dengar lirik lagu tersebut, ia sangat menyentuh perasaan kita.

Rupa-rupanya memang ada kisah sedih yang tersirat disebalik lagu ini, perkara itu didedahkan sendiri oleh Datuk Hattan. Untuk pengetahuan, lirik lagu ini ditulis oleh Allahyarham Bob Lokman yang mula dilancarkan pada tahun 1996.


 

Tulis tak sampai 45 minit, rintihan buat ibu ketika tengah lumpuh dan baru bercerai

Memerik laporan Kosmo! Hattan kongsikan pengalaman sedihnya bahawa lirik lagu ini ditulis ketika Allahyarham sedang meniarap akibat strok.

Tambah Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, detik itu begitu memilukan kerana waktu itu arwah Bob Lokman baru sahaja  bercerai dengan isterinya dan lumpuh separuh badan.

“Ketika saya tiba di rumah arwah, dia sedang meniarap akibat lumpuh dan baru lepas bercerai. Lagu ini merupakan rintihan kepada ibu dia.”

“Jadi saya tak boleh lupa bagaimana Bob menulis lirik ini tak sampai 45 minit. Fuh. Lagu ini ciptaan saya.”

Menurutnya lagi, lirik lagunya itu begitu dahsyat dari  segi makna dan penghayatannya. Lapor sumber lagi, ketika memberikan perkongsian itu, Hattan turut menyanyikan lagu itu tanpa muzik dengan penuh emosi.

Screenshot 2022 09 26 103450

“Walaupun jasad saya di sini, tetapi hati saya di Kota Bharu (rumah Bob Lokman). Bagaimanapun saya mempunyai tanggungjawab untuk menghiburkan peminat di sini (Kepala Batas). Boleh tak anda menyanyi tanpa muzik? Ibu mengertilah aku sengsara lemas berendam air mata.”

 

Bagi ‘hint’ ajal dah mendekat

Dalam pada itu, Hattan juga pernah kongsikan kepada Berita Harian baru-baru ini bahawa Allahyarham Bob Lokman memberitahunya tidak dapat hidup lama ketika menziarahi di kediamannya di Kubang Kerian, Kelantan, tiga ke empat minggu lalu.

Hattan juga turut terkilan tidak sempat untuk memberikan penghormatan terakhir buat sahabatnya yang mula dikenali sejak 90-an.

“Saya sedih tidak dapat menatap wajah arwah Bob buat kali terakhir. Jika tiada kerja di Pulau Pinang sudah tentu saya terbang ke Kelantan untuk menziarahinya. Saya tiada jiwa, malah fikiran melayang pada arwah ketika buat persembahan sebentar tadi.”

“Namun, saya tetap bersyukur dapat bertemu arwah buat kali terakhir, tiga minggu lalu di kediamannya. Secara kebetulan, saya ada kerja, jadi ambil kesempatan mengunjunginya.”

“Ketika itulah, arwah beritahu hidupnya sudah tidak lama memandangkan fungsi jantungnya hanya tinggal 10 peratus.”

Hattan turut menyatakan bahawa kedudukanya berada di tahap ini sebagai penggiat seni lagenda  kini mungkin tiada jika bukan disebabkan awrah.

“Selepas kehilangan arwah Loloq kira-kira 14 tahun lalu, kita kehilangan seorang lagi penulis lirik berbakat besar.

“Boleh dikatakan separuh perjalanan kerjaya seni saya bersama arwah. Kebanyakan lagu berentak balada, saya menaruh kepercayaan kepada arwah.

“Kami mula mengenali selepas sering berkampung di Studio Luncai Emas milik Datuk M Nasir di Sungai Buloh.

“Walaupun sudah tidak aktif dalam bidang seni, kami rajin berhubung. Hubungan kami sangat rapat hingga arwah sanggup datang berhari raya seorang diri di kampung halaman saya di Seri Menanti, Negeri Sembilan.”

Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd. Hakim Lokman, 58, menghembuskan nafas terakhir  di rumahnya di Kubang Kerian, Kota Bharu. Al-fatihah.

Baca : “Lemas berendam air mata” – Ini Antara Karya Bob Lokman Yang Akan Diingati Sepanjang Zaman

Bob Lokman Meninggal

Sumber: Yahoo! News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.