in

“Baru kenal 3 hari dah berani ikut lelaki” – Polis Tahan 11 Individu Langgar PKPB, Sewa Bilik Sempit Untuk Bermaksiat & Dadah

Lari Ikut Laki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang ni? Ingatkan musim COVID 19 dan PKPB mereka duduklah diam-diam di rumah, rupanya tidak!


Menurut Harian Metro, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun sudah berani mengikut lelaki yang baru dia kenal tiga hari di Whatsapp untuk tinggal di sebuah bilik sempit di Jalan Langgar, Alor Setar. 

Sebelum itu, remaja tersebut katanya telah memberi alasan kepada ibunya yang dia hendak keluar sebentar sebelum ikut lelaki tersebut yang diperkenalkan oleh seorang rakan.

Bilik yang sempit dan padat itu dipercayai disewa oleh seorang lelaki pada harga RM50 semalam dan dihuni oleh tujuh orang individu. Mak aiii penjarakan sosial failed! 

Remaja 1

Walau bagaimanapun, remaja tingkatan satu tersebut berjaya diselamatkan apabila polis menyerbu bilik berkenaan pada 12.30 tengah malam tadi.

Ketika serbuan, polis telah menahan remaja perempuan itu dan enam lagi individu termasuklah, dua remaja perempuan, masing-masing berusia 15 dan 18 tahun serta empat remaja lelaki berumur 14 hingga 21 tahun! 

Selain itu, dua bilik lain di dalam rumah tersebut juga diperiksa dan mendapati terdapat dua pasangan lain di sana.

Remaja 2

Serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar yang diketuai Asisten Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim. Anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) juga turut serta dalam operasi berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Nor, dalam Ops Bersepadu /Ops Pelita itu, seramai 11 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan berkumpul di dalam tiga bilik.

Tujuh daripada mereka turut didapati positif dadah, termasuk tiga remaja perempuan berusia 15, 17 dan 18 tahun. Muda lagi lahaiii! 

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif ketamin dan methampetamine,” katanya.

Mereka yang positif dadah katanya akan disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagaimanapun katanya, dua pasangan lagi disiasat kerana melanggar PKPB dan diserahkan kepada penguat kuasa JAIK kerana disyaki berkhalwat.

Aduhai macam-macam ye masa PKPB ni… Tak boleh ke duduk rumah diam-diam? 

Baca: Takut Kantoi Berkhalwat, Penjawat Awam Berstatus Suami Orang Sanggup Menyorok Dalam Siling

Khalwat

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.