in

“Baru kelmarin hamil, perut dah besar macam 5/6 bulan” – Lucinta Luna Tayang ‘Baby Bump’ di Hari Raya

Baking Soda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Inilah yang dikatakan pelik bin ajaib! 

Tidak lama dulu, seorang transgender terkenal di Indonesia, Lucinta Luna telah menjadi perbualan ramai selepas dia mendakwa dirinya hamil.


Perkara tersebut telah diumumkannya menerusi sebuah video di Instagram yang mana ia mendapat kecaman netizen negara seberang yang rata-rata menganggap dia sengaja mahu meraih perhatian ramai.

https://www.instagram.com/p/COSLSjyphcu/

 

Baru umum hamil, tiba-tiba perut dah ‘kembung’? 

Walau bagaimanapun, selepas 3 minggu mengumumkan berita ‘kehamilan’ tersebut, Lucinta tiba-tiba muat naik gambar di Instagram sempena Aidilfitri dengan bangga mempamerkan baby bumpnya pula. Ah sudah! 

https://www.instagram.com/p/COzce6YFFzL/

Tak cukup dengan itu, dia siap buat video menari bersama ahli keluarganya lagi sempena lebaran dengan perutnya yang ‘kembung’ itu.

https://www.instagram.com/p/CO2UWSCJQ2r/

 

“Pasti hamilnya pakai baking soda ya kak, cepat mengembangnya” 

Perkara tersebut sekali lagi mendapat perhatian netizen yang berasa pelik kerana perutnya begitu cepat membesar, namun pada masa yang sama mereka juga mengejek Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah ini sebagai penipu dan suka mencari perhatian ramai.

Malah ramai juga yang mengajak Muhammad Fatah untuk bertaubat dan hentikan penipuannya yang tak logik itu kerana terdapat beberapa posting kelihatan bentuk perutnya yang tidak konsisten. Kejap kempis, kejap kembung. Aik… 

Gila 1

Apa-apapun admin yakin netizen negara seberang tahu yang Muhammad Fatah ni kuat berdrama. Harap-harap dia berhentilah buat perkara yang tak berfaedah ini. 

Baca: “I’m pregnat, tanggungjawab ya” – Lucinta Luna Umum Mengandung Anak Kekasih Mat Saleh

Pregnant

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.