Seperti yang kita semua sedia maklum, situasi banjir di Pahang yang makin memburuk telah menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk turun padang menziarah kawasan yang dilanda bencana.
Ketika menyantuni rakyat di kawasan terbabit, tular satu video di Facebook yang menunjukkan baginda berkenan membonceng motosikal yang dibawa rakyat biasa di Kampung Binjai, Lipis. Fuhh steady lah Tuanku!
Sumbang derma dan kemudian naik motor ke tempat lain pula
Menerusi video yang berdurasi 1 minit 32 saat itu, kelihatan baginda sedang menyantuni rakyat jelata dengan memberi sedikit sumbangan kepada sebuah keluarga di kampung tersebut.
Keluarga terbabit yang menerima sumbangan daripada Tuanku ternyata gembira dan bagaikan tidak percaya dapat bertemu seseorang yang istimewa pada hari tersebut.
Selesai memberikan bantuan, YDP Agong yang kelihatan bersahaja telah membonceng sebuah motosikal yang dipandu rakyat biasa untuk menziarah ke kawasan lain pula.
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/159796188917331
“Konfem seminggu tak basuh motor lepas ni”
Teruja melihat rakaman tersebut, netizen tak dapat bayangkan bagaimana agaknya perasaan remaja lelaki itu apabila membawa YDP Agong di belakang motosikalnya ketika melalui kebun getah tersebut. Aduh kalau min mahu menggigil lahai lutut. Tak start enjin motor tu..
“Kalau ikut prosedur, UTK yang bawa motor tu…”‘
Dalam pada itu, ada juga di kalangan netizen yang menjelaskan bahawa kalau mengikut prosedur keselamatan yang sebenar, motosikal tersebut patutnya ditunggang oleh Unit Tindakan Khas (UTK) yang mengiring Yang di-Pertuan Agong.
Walau bagaimanapun, kejadian itu mungkin berlaku kerana YDP Agong kita seorang yang berjiwa rakyat dan mungkin baginda mahu rasa sendiri bagaimana agaknya motor dibawa oleh rakyatnya sendiri.
Seronok bila tengok Tuanku turun padang bersama rakyat macam ni kan…