Trend Citayam Fashion Week hangat diperkatakan dalam media sosial, ia merupakan sebuah fenomena di mana remaja-remaja menggayakan fesyen yang trendy dan bergambar di sebuah kawasan dikenali sebagai Sudirman Street, Jakarta.
Difahamkan, trend ini merupakan sesuatu yang tidak disengajakan apabila sekumpulan remaja mula bergambar dan memperagakan fesyen mereka di kawasan tersebut.
Ramai content creator dan pemberita berada di sana untuk menemubual mereka yang berada di situ, ala-ala Paris Fashion Week gitu!
Namun, apa yang mengejutkan netizen, terdapat sebuah video tular di mana seorang pemuda yang berpakaian stailo berada di situ ditemu bual oleh seorang lelaki dan apa yang mengejutkan pemuda itu hafal beberapa surah Al-Quran.
https://www.tiktok.com/@warga_pribum1/video/7126867619935784218?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7080453898682746370
Bacaan Surah Ar-Rahman alunan pemuda tersebut menambat hati netizen dan rata-rata memuji kebolehan pemuda itu. Malah, netizen juga mengakui yang kita tidak sepatutnya menilai seseorang itu hanya daripada luaran.
Setakat ini, video berdurasi seminit itu sudah mendapat hampir 7 juta walaupun baru sahaja dimuat naik semalam.
Boleh jadi inspirasi lah brader ni!
Baca: Fenomena Citayam Fashion Week Di Indonesia, Ini Rupanya Asal Usul ‘Trend’ Tersebut!