in

“Bapak kelakar sialll” – Lelaki Disangka Nak Bunuh Diri, Kecoh Bomba & Polis Serbu Bangunan Rupa-rupanya…

Kes Bunuh Diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Bapak kelakar sialll" - Lelaki Disangka Nak Bunuh Diri, Kecoh Bomba & Polis Serbu Bangunan Rupa-rupanya...
Loading
/

Sejak akhir-akhir ni, banyak pula kisah bunuh diri dan depression yang kita dengar berlaku dalam kalangan masyarakat. Sebab tu lah kalau kita nampak ada orang berdiri di tempat tinggi, cepat-cepat kita panggil bomba untuk bantu selamatkan sebab tak mahu perkara yang tak diingini berlaku.


Tapi lain pulak dengan kisah yang menimpa seorang lelaki ini semalam, apabila dia dituduh hendak bunuh diri kerana ada orang nampak kelibatnya di atas bangunan tinggi. Aik biar betul! 

 

“Bapak kelakar sialll. Ada orang ingat aku nak bunuh diri. Sampai bomba polis datang, sebab nampak aku berdiri sini” 

Menerusi perkongsian mangsa itu sendiri di Twitter, dia menceritakan nasibnya yang dituduh ingin membunuh diri gara-gara berdiri di atas bumbung bangunan. Walhal menurut lelaki ni, dia hanya buat kerja di situ dan tak ada niat pun nak terjun bangunan.

Hanya kerana video yang tular tu tak pasal-pasal bomba dan polis semua datang sampai dia kena tahan di balai. Adoi! 

Bunuh 1

Sumber: Twitter

Niat

D7Uofmbv4Aa2Ooe

D7Uofvgvsaagxyb

sumber: twitter

 

“Polis cakap kesian dekat aku kena naya macam ni. And depa cakap aku tengah buat kerja, tak pasal-pasal kena report nak bunuh diri” 

Bomba 1

D7Vrsppueam3Ltz
sumber: twitter

 

“Wehhh. Serius. Ni bukan akuuuuu. Bodohnya aku mengaku berdiri situ” 

Selepas disiasat dan melihat keadaan sekeliling semula, lelaki ni mula sedar yang dalam video tu bukan dirinya. Kalau bukan dia, siapa pulak? Aiyok! Tapi lelaki ni agak-agak mungkin individu tu cleaner yang kerja kat situ. Kalau bukan… siapa?? Misteri! 

Syak
sumber: twitter

 

“Aku sedih sebenarnya sebab nama dan muka aku dah calar habis + kena marah-marah + kena menjawab dengan pihak atasan” 

Vid

D7Vq Ofvuaa3Ll1
sumber: twitter

Haish kesian betul min baca kisah lelaki ni. Harap-harap namanya dibersihkanlah sebab dia memang langsung tak ada niat nak bunuh diri dan cuma buat kerja kat bangunan tu je. Lain kali kalau korang nak viralkan video, min nasihatkan korang siasat dulu betul-betul. Barulah call polis, bomba semua.

Apa-apapun bagi yang alami depresi dan terfikir nak bunuh diri tu dapatkanlah bantuan secepatnya. Korang call je Befrienders yang beroperasi 24 jam di talian 03-79568145. Mereka boleh beri emotional support yang korang perlukan. 

Baca: “Wanna Quit Life” – Remaja 16 Tahun Bunuh Diri Lepas Followers Instagram Undi Dia Patut Mati

Die

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.