in

Bapa Tergamak Tinggalkan Anak Tidur Tepi Jalan Beralaskan Kotak, Sebab Nak Pergi Memancing?

Kanak Kanak Tidur Tepi Jalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak kisah ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab dalam menjaga dan melindungi anak kecil dipaparkan media.

Terbaru, tular sebuah video yang memaparkan seorang anak kecil dibiarkan tidur beralaskan kotak di tepi jalan pada waktu malam.


Video yang di muat naik oleh seorang sukarelawan yang mesra dipanggil Abbe Hae, meluahkan rasa kecewa apabila melihat seorang kanak-kanak terlantar tidur di tepi jalan tanpa sebarang penjaga.

https://www.tiktok.com/@abbehae/video/7208489195575332122

Apabila ditanya mengenai keberadaan penjaga kanak-kanak itu, seorang gelandangan di situ menjawab bapanya sedang pergi memancing di tempat lain.

Menerusi perkongsian video tersebut, jelas kedengaran beliau berasa geram dengan situasi itu kerana bapanya bersikap lepas tangan dengan mengabaikan keselamatan anaknya. Difahamkan, ibu kepada kanak-kanak terbabit sedang menerima rawatan di hospital.

Mujur, ada gelandangan lain sudi menjaga kanak-kanak terbabit. Jika diikutkan hati, beliau mahu saja membawa pergi anak itu di bawah penjagaannya.

Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya sebak melihat keadaan anak kecil itu tidur tanpa pengawasan penjaga. Malah, situasi itu juga membuatkan netizen teringatkan anak masing-masing.

Screenshot 2023 03 13 144437

Untuk info, ibu bapa atau penjaga boleh didakwa jika mendedahkan kanak-kanak kepada sebarang cara yang mungkin menyebabkan mereka mengalami kecederaan fizikal atau emosi, mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Boleh didenda di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang menggariskan kesalahan membabitkan penganiayaan, pengabaian dan pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Baca: Projek High Council Buat Ibu Bapa Risau Anak Kena Buli Di Asrama, Ini Jawapan Nadhir Nasar

Ft Nadhir High Council

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.