Melampau dan jijik! Perkataan yang paling sesuai menggambarkan tingkahlaku biadap dan kurang ajar seorang lelaki bergelar bapa di Amerika Selatan ini.
“Gara-gara tidak mampu membeli hadiah, seorang bapa didakwa merogol anak perempuannya pada hari lahir ke-13 sebagai hadiah.”
Menurut The Sun, lelaki berusia 32 tahun ini beritahu isterinya yang dia nak sambut hari jadi bersendirian dengan anak mereka di rumah, jadi lepas je wanita itu keluar dari rumah dia terus merogol kanak-kanak tersebut.
Bagaimanapun lelaki tersebut diberkas lepas perbuatan terkutuk yang dilakukannya itu kantoi dengan isterinya di rumah mereka di Chipaya, Bolivia.
Katanya lelaki itu siap ugut dan ancam isterinya supaya jangan laporkan perkara tersebut tetapi wanita itu tetap berdegil dan terus hubungi polis sebelum suspek berjaya diberkas pada 4 Oktober lalu.
Ketika sesi soal siasat oleh pihak polis, suspek bagi alasan yang dia tak ada duit nak beli hadiah untuk anaknya sebelum dia buat keputusan beri ‘hadiah’ tersebut.
Difahamkan, siasatan masih diteruskan untuk mendapat maklumat lebih terperinci dan buat masa ini, suspek ditahan reman manakala anak menerima perkhidmatan psikologi.
Baik tak payah jadi ayah kalau macam ni perangai!