Seorang remaja berusia 17 tahun maut selepas dipercayai dibunuh bapanya sendiri menggunakan senjata tajam dalam satu pergaduhan keluarga di kampung Bargaon, daerah Ramgarh, Jharkhand pada Jumaat.
Mangsa, dikenali sebagai Somyank Jaiswal, difahamkan terlibat dalam perniagaan atas talian yang mengalami kerugian besar sehingga mencecah kira-kira Rs 30 lakh (bersamaan kira-kira RM142,908). Kerugian itu menyebabkan bapanya, Sushil Jaiswal, 55, terpaksa menjual kenderaan berat miliknya bagi menampung hutang yang ditanggung anaknya.

Pertengkaran antara bapa dan anak itu dikatakan tercetus pada pagi Jumaat, sebelum keadaan menjadi semakin tegang dan bertukar ganas. Mereka dilaporkan bergaduh menggunakan barang-barang rumah sebelum Sushil bertindak melukakan anaknya dengan senjata tajam.
Polis memaklumkan, Somyank maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala bapanya turut mengalami beberapa kecederaan dan kini dirawat di Institut Sains Perubatan Rajendra di Ranchi.
Kes berkenaan kini dalam siasatan pihak berkuasa, dengan kedua-dua saksi dan barangan bukti sedang dikumpul bagi melengkapkan kertas siasatan.
Sumber: Sinar Harian
Baca: “Mangsa jerit minta tolong” – Lelaki & Wanita Ditemukan M*ut Dengan Kesan T*kaman