• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Gaya Hidup

Bapa Meninggal April Lepas Tapi Doktor Muda Ini Dapat Ucapan ‘Happy Birthday’ Daripada Baba, Rupa-Rupanya…

by Sue Idris July 3, 2020, 5:28 pm

ShareTweet
Feature Dad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun selepas pemergian bapa tersayang, wanita ini masih tetap mendapat ucapan hari lahir daripada arwah. Perkongsian Natasha di Twitter mendapat perhatian dan menyentuh hati ramai netizen baru-baru ini di mana dia memberitahu tentang bapanya.

Menurut Natasha, dia baru tahu selama ini arwah bapanya menetapkan ‘reminder’ di emel pada setiap tahun ketika hari kelahirannya. Reminder itu akan membuatkan Natasha menerima auto email ucapan hari lahir setiap tahun dari bapanya, Salman.


Happy Birthday Dr Natasha. Baba sayang kamu.”

https://twitter.com/natashax625/status/1276353175361138689

Nat

 

Meninggal dunia April lalu…

Ketika dihubungi Lobak Merah, Natasha, 22, berkata bapanya menghidap Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) sejak 2015 dan doktor memaklumkan dia hanya mempunyai jangka hayat selama 3 hingga 5 tahun sahaja.

Pada bulan April lepas, keadaannya semakin lemah dan dia tidak mampu lagi untuk berjalan sepenuhnya. Hanya terlantar di atas katil dan mengalami kepayahan untuk makan.

Dad3

Jumaat, 24 April, Natasha bersama ibu dan dua lagi adik beradik perempuannya berada bersama bapa mereka. Ketika itu, Natasha sempat memegang erat tangan dan memberitahu dia sangat menyayangi bapanya. Beberapa minit kemudian, bapanya sudah tidak bergerak dan Natasha terus memanggil ibunya.

Panik, ibunya terus menghubungi 911 namun menurut Natasha dia tahu pada saat itu bapanya yang berasal dari Pakistan itu sudah pergi meninggalkan mereka.

Saya tahu dia ada masalah pernafasan dan CPR tak akan dapat kembalikannya.”

 

Sentiasa beri sokongan dalam pelajaran

Berkongsi tentang bapanya yang berusia 56 tahun itu, menurut Natasha kenangan yang paling akan diingatinya adalah bagaimana bapanya sangat memberi sokongan terhadap pelajarannya.

Natasha yang kini tinggal di New York bersama keluarga sedang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dan bakal bergelar doktor. Namun menurutnya, meskipun sebelum dapat tahu dia dipilih untuk sambung belajar di bidang ini pun bapanya sudah panggil dia Doktor Natasha.

Dad1

Malah, sebelum ini bapanya juga akan tolong aturkan jadual Natasha untuk belajar, tetapkan masanya untuk berehat dan tidur. Selepas pemergian bapanya, Natasha selalu tonton semula video-video yang dirakamkan keluarga mereka untuk melepaskan rindu.

 

Sentiasa senyum dan buat lawak

Kata Natasha lagi, sejak bapanya disahkan menghidap ALS itu mereka sekeluarga mengambil giliran untuk menjaganya setiap hari. Mereka juga akan pastikan masing-masing akan berada di rumah pada jam 10 malam kerana perlu menjaga dan menidurkan bapanya.

Kalau keluar rumah, kami akan pulang sebelum 10 malam kerana perlu bantu jaga baba dan tidurkannya.”

Baba sering memudahkan kami yang perlu menjaganya. Dia akan sentiasa tersenyum, buat lawak, buat kami ketawa bila kami sedih atau marah. Baba sangat suka ketawa.”

Sejak 5 tahun lepas, hubungan saya dan baba jadi semakin rapat. Baba adalah teman baik saya, saya akan berkongsi semua cerita dengannya.”

Dad2

 

Hargai bapa selagi masih ada

Natasha sempat berpesan kepada semua orang di luar sana tak kira di mana-mana sekali pun untuk hargai bapa kita selagi mereka masih ada.

Luangkanlah masa bersama ibu bapa anda. Mereka akan jadi kawan anda. Saya tahu ramai yang tak rapat dan tak banyak bersembang dengan bapa mereka tapi saya tidak.”

Saya berharap semua orang akan ada hubungan yang rapat sebegini dengan ibu bapa mereka sebagaimana hubungan rapat kami dengan baba.”

Baca: “Ada pelepas rindu” – Dapat Tahu Mengandung Lepas 3 Hari Suami Meninggal, Ramai Menangis Dengan Kisah Wanita

Feature 4 10

Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah
ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • Ft Ibu Bass

    “Tertarik tengok dua wanita belakang tu” – Ramai Cair Lihat YB & Bella, Tapi Keakraban Ibu-Ibu Mereka Jadi Perhatian

  • Syaz Ft 30

    “Saya muak orang asyik hina Islam!” – Bill Clinton Bekas Presiden AS Bacakan Mesej Dari Al-Quran

  • Ft Pukul Anak

    “Kami kepenatan” – Tular Marah & P*kul Anak Dalam Lift, Wanita Tampil Mohon Maaf

  • Syaz Ft 29

    “Jangan hina Indonesia!” – Prabowo Beri Amaran Keras, Sedia Dedah Syarikat Asing Dalang Jerebu

  • Ft Gajah

    MPT Sangkal Dakwaan 3 Gajah Malaysia Alami Tekanan Mental Di Jepun

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 53

    Arkib Negara Kumpul 3.22 Juta Fail Sejarah, Pindaan Akta Arkib Negara Dijangka Dibentang Di Parlimen 2027

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 51

    Dari Terusan Zaman British Ke Tarikan Pelancongan, Karnival Ban Canal 2026 Kembali November Ini!

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 49

    Pengisian Markah UASA, PAT/PASA & PAJSK Dilanjutkan, KPM Umum Tarikh Baharu

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Ft Gv

    9 Bekas Juara AF Ini Bakal Berentap Di Gegar Vaganza Bulan Depan!

  • Ruhainies Dipanggil Ruhanat

    “Mereka ubah nama saya” – Ruhainies Terkilan Digelar ‘Ruhanat’

  • Odda Diganggu Peminat

    “Makcik dia kau nak tak?” – Odda Didakwa Diganggu Peminat, Sharifah Sakinah Bersuara Di Threads

  • Ft Tokti

    “Telinga hebat, tone dan kawalan suara baik” – Datuk Mokhzani Dedah Siti Nurhaliza Nyanyi Dengan Orkestra Tanpa Hadir Latihan

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube